1.8 Juta Hengget untuk Laman Facebook! Biar betiiiiiiiiiiiisssssss....??!!

By Mizz Coki - Jun 18, 2011


Baik RM1.8 juta tu digunakan untuk membangunkan industri pelancongan macam homestay kat kampung-kampung, mempromosikan Malaysia kat luar negara, etc etc..... Tak pun meh, bagi kat Kementerian kami, supaya dapat buat banyak lagi klinik-klinik untuk penduduk yang dok tempat terpencil.  Ini adakah patot untuk Facebook.  Bayangkan kalau semua kementerian spend banyak tu...... ish ish ish!
Kementerian Pelancongan belanja RM1.8 juta untuk laman Facebook - KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan Malaysia hari ini didedah membelanjakan RM1.8 juta untuk laman Facebook mereka.  Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke mengkritik keputusan membelanjakan sebegitu banyak wang kerana laman rangkaian sosial itu boleh digunakan dengan percuma.  “Facebook page Kementerian Pelancongan hanya berjaya menarik 20,308 pengikut (dengan belanja RM1.8 juta) sedangkan Facebook page ‘Visit Penang’ yang tidak menelan belanja walau sesen pun oleh kerajaan Pulau Pinang berjaya menarik lebih 100,000 pengikut,” kata Loke.  Menurutnya, beliau tidak percaya tiada sesiapa di kementerian itu yang tahu untuk menyelenggara akaun Facebook kementerian itu sehingga memaksa mereka membelanjakan wang sebanyak itu mengupah orang luar.  Timbalan Menteri Pelancongan, James Dawos Mamit berkata RM1.8 juta itu diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd, melalui satu kontrak tiga tahun bermula dari tahun 2011 hingga tahun 2013.  Kritikan Loke terhadap pembaziran mega itu disokong Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.  Menurut Khairy, beliau bersetuju dengan Loke bahawa RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan ia tidak sepadan dengan minat yang ditunjukkan orang ramai terhadap Facebook page kementerian itu.  “Sehingga kini baru terdapat 2,013 ‘likes’, dan rekabentuk laman itu juga kelihatan biasa-biasa sahaja. Ia menggunakan templat sama (dengan Facebook page lain),” kata Khairy seperti dilaporkan Malaysiakini.  Sumber:  DI SINI
Anak aku yang umur baru 10 tahun itu pun reti buat akaun FB sendiri walaupun dia tipu tentang umur dia haha.  Malunya bergelar penjawat awam bila baca berita ni.

Ada sesapa yang nak bayar anak aku RM1.8 juta tak?  Dia banyak masa FREE dan boleh tengok-tengokkan, jadi Admin Facebook mana-mana kementerian.  Offer dibuka sekarang.....

Kah kah kah..........
Ada cerita best!  ---> Jomlah start enjin kereta sekarang kita pergi Hong Kong ramai-ramai!!

<--- NANG me NANG me, say that you NANG me ♥ ♥

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan