Tupperware Saya : Entri Ngengada

By Mizz Coki - Mei 06, 2011

Cihui!

Nah..... orang sekarang kan nama bekas bawak bekalan dah jadi Bento lah pulak. Eeeeii tanak. Orang nak guna nama Tupperware jugak. Kontena cap kapal sauh pun dipanggil kontena. Haha.  Cik abang pernah tanya.  Ko beli Tupperware ni nak penuhkan rumah ke hapa?  Alah... bukannya banyak pon tapi penuhlah satu kabinet kecik tu. Orang beli masa promotion je.  Tak promotion haram nak sentuh katalog dia.


OK.  Semalam bawak bekal oh rajinnya saya kan?  Budak baik mode is ON katanya.  Yang silinder kecik atas sekali tu sebenarnya saya convert jadi shaker SlimDietII dan kadang-kadang jadi cawan untuk minum Milo.  Kalau gelen gergasi bekas air tu, saya letak teh misai kucing.  Satu bekas tu satu hari.  Cukuplah janji senang membuang dan kencing tak berbau.  Bekas cinonet tu tempat letak sosej rebus dua ketul.  Yang hijau gemok macam saya tu tempat letak Jacob's crackers.  Itulah makanan saya seharian kat ofis.  Kalau breakfast kat rumah baru saya masak spesel sikit macam Tang Hoon Soup atau Bee Hoon Soup with Fishballs y'all!

Tak perlu nak khabar kan kat sini sesungguhnya bawak bekal itu lebih sihat dan jimat.  Semua orang tahu.  Ngeee!!!  



MAD Deal of the Day: RM285 instead of RM570 for 2 Jumps with KL Hunter.
Suka paragliding?  Berani nak cuba?  Anak jantan kewww??? Haha.  Kalau nak try ajak kawan-kawan dan klik gambar di atas untuk mendapatkan offer hebat ini.




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan