Sudah Ditimpa Mood Hari Gawai Dayak [Entri Malas Turun Ofis] Ada Foto Curi Tido Kat Ofis!

By Mizz Coki - Mei 20, 2011

Ce teka, ce teka apa saya buat kat ofis hari ini? 

  1. Menguap
  2. Main PC games
  3. Facebook
  4. Update Blog
  5. Tengok cermin
  6. Minum Milo
  7. Minum Teh Misai Kucing
  8. Bermekap
  9. Gulung Popia 

OK.  Gulung Popia itu tipu!  Haha.

Adoi dik non.  Ahkak mu ini sudah dilanda wabak kemalasan nak berkerjaan.  Rasa hari ni kan macam punyalah lama nya nak reach pukul 5 petang??????  Hmmm.. bosan nye bila boss takde.  Minit mesyuarat pun rasa malas nak tengok, saya dah mual.  Hai, dalam kepala hotak saya dah berlegar-legar nak buat apa, nak masak apa bila Gawai nanti.  Sorang ajak pergi bercuti tak payah Gawai, sorang lagi kata nak Gawai tak nak bercuti.  28 haribulan kena balik ke Betong, sebab adik lelaki saya punya ordination pastu the next day balik Kuching lepas tu terus cuti sampai 5 Jun.  Ke Betong nak pakai duit, Gawai pun nak pakai, masa cuti Gawai nanti kompem nak pakai duit sebab gerenti bosan dok rumah mulalah kaki ni gatal-gatal nak berjalan je kaedahnya.  Keluar rumah keluar duit lagi.  OK.  Tinggalkan topik tu dulu.  Gawai dua minggu lagi daaaa!

Nasib baik kebosanan saya terubat bila member saya Dr. Pauline datang menjenguk.  Sebelum balik, dia sempat bisik bisik suruh saya standby camera phone sebab nak tangkap gambar seseorang sedang tidur nyenyak!!!


HAHAHA!!!!!

Kalo ngantuk, meh kita buat URUTAN MUKA.  Pastu kalau takut kantoi curi tidur boleh try PETUA NI.  Hehe.  

Kesian chief.  Letih la tu... macam nilah orang tua kan.  Kerja steady je.  Cukup jam balik rumah.  Cukup bulan dapat gaji.  Huh.  Jangan-jangan saya pun macam tu 20 tahun lagi.


Vote me, vote me!!  
Terima Kasih!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan