Semalam di Pekan Betong, Sarawak | Hari Pertama

By Mizz Coki - Mei 29, 2011

Hola!  Semalam, saya, hubby, mak dan adik bongsu saya pergi ke pekan Betong untuk menghadiri ordination adik saya sebagai 'full priest' di gereja St. Augustine, Betong.  Selain daripada itu, gereja St. Augustine menyambut ulangtahun nya yang 90.  Wah, dah 90 tahun gereja ni didirikan.  Dari zaman British dulu, missionaries (mubaligh) yang datang pun semua mat salleh.  Kiterang berangkat lepas tengah hari sikit tapi my Mom je yang pergi dulu sebab dia ikut kawan dia.  Petang tu diadakan procession (perarakan) dan malam nya ada dinner tapi kiterang tak join sebab saya malas.  Malas bukan apa sebab baru je sampai petang tu terus nak mekap cantik-cantik adoimak perjalanan dalam 4 jam lebih tau.  Letih jugak so takpelah, biarlah my Mom dan kawan dia amik tiket free tu hehe.

Sampai je kat Betong, kiterang terus je check in. Di sini ada berlaku miscommunication sikit di mana saya dah suruh adik saya untuk book hotel tapi bila check kat buku daftar takde pulak!  Saya dah gabra tapi nasib baik abang comel yang jaga kaunter tu kata, takpe ada bilik kosong lagi so kiterang amikla twin sharing (hubby kata tak romentik sebab tak kongsi tidur, ek eleh ngengada.  Tapi malam tu kiterang sambungkan jugak katil nya sebab divan bed kan so senang lah nak tolak saya kan gagah perkasa!).  Murah nokss.. RM68 je semalam.  Lojing apek la katakan HAHA!

Sampai kat bilik saya dah lencun gila!  Macam mandi pon ada noks.  Adoiyai.  Rehat kejap.  Nanti-nantilah mandi sebab jam dah 7:30 malam, perut pun dah ber Hip Hop dah.  Kiterang terus amik adik bongsu saya si Ted tu (dia stay kat guest house gereja with my adik sorang lagi, si Rod tu).  Terus bawak dia pergi gerai!


Helo Ted? Nape ko masam?  Haha.  Lapar ek?  Sian adik saya sorang ni.  Saya dah tak tau nak makan apa, dalam nak jaga diet dalam tu jugak nak makan macam-macam. Dilema sungguh!


Maaf ye.  Tak sempat amik gambar.  Tuan punya blog dah lapar ketaq!  Saya order; Kangkung Goreng Belacan, Sup Jagung, Daging Masak Kicap dan Sweet & Sour Fish Fillets.


Memang terbaek.  Boleh celen Seafood kat Topspot, Kuching.  Harga semua?? Ce teka, ce teka?

RM46.00 tunai.... +_+ untuk tiga orang OK?

Murah gila siot.  Rasa nak order lagi haaha.. kau jangan Coki, besok ko nak bertimbang badan haaaahahahahah.....

Masa nak balik, hubby nak tapau burger.  Ciss!  JANGAN MENGADA-NGADA.  PERUT KENA JAGA.  Iiiissshh.. tak membantu isteri sungguh.  Orang nak kontrol makan dia nak tambahkan lemak lagi.  

Well, malam tu tidur lambat sebab main games dan perlu diwar-warkan juga kat pekan Betong ni INTERNET DIA FREE OK????? Oh, bahagianya saya!  Thanks to De Connexion.  Saya dapat update Facebook dan update blog sekaligus. 

Nantikan bahagian dua.  Saya nak masak nasi goreng.  Lapar... hari ni panas gila! APAKAH KAITAN HARI PANAS DAN KELAPARAN?? Orang kehausan, saya plak kelaparan, hahaaahh!!!!



Klik kalau anda suka saya!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan