Saya & Blogger.com Demam Bersama-Sama

By Mizz Coki - Mei 14, 2011

Hari Khamis saya tak turun kerja. Demam selsema + demam panas = Badan Terkejut Sebab Tiba-tiba Berat Susut.<--- Agaknya kut.  Dem. Tiba-tiba hari Jumaat yang mulia Blogger pulak buat hal. Demam terkejut jugak. Dabel dem!

Tu baru blogger.com buat hal. Kalau internet tak ada entah macam mana kroniknya saya kan? Ish. Sebab boring habis semua muka kawan-kawan di Facebook saya kerjakan, saya mekap cantik-cantik lepas tu pos kat Wall mereka. Gelak.

Lepas tu saya jadi boring balik. Saya godek punya godek lalu terjumpa dengan website ini. Alamak! Dari mak andam terus jadi designer kaedahnya. Mari lihat makeover saya, ada bakat tak dalam bidang fashion? (Eleh, sebenarnya saya menzahirkan style saya sewaktu saya kurus dan kalau saya boleh kurus balik.  Haha).  Hubby kata this is so very you!!  Thanks laling!

Jom terjah!

Pesen nombor 1 dipanggil Minah Rambut Pacak Punk Keribang (Keribang tu maksudnya keledek dalam bahasa Sarawak, haha).  Sesuai digayakan untuk pergi ke reunion sekolah, tengok wayang, jalan-jalan bersama kawan-kawan gitu.  Disadvantage:  Orang ramai akan chop anda pompuan kerja salun.  Haha.


Pesen nombor 2 ni dulu-dulu kan kalau saya pakai macam ni mesti mendiang ayah saya marah-marah lepas tu dia mesti cakap macam saya mintak dirogol orang lelaki sebab sangat seksi.  Bila dah jadi mak orang baru saya tau macam mana rasanya ayah saya dulu risau sebab sekarang saya sudah ada seorang anak gadis sunti yang ada ciri-ciri nak menyeksi diri adui! *tepuk dahi.  Pesen ini dipanggil Minah Selebet Perasan Perempuan Mat Salleh.  Haha.  Boleh digayakan ketika pergi ke Boulevard atau The Spring tetapi dilarang sama sekali dipakai ketika hendak pergi membeli kain di India Street.  Oh ya, SPG-SPG semua boleh pakai macam ni masa musim Rainforest nanti, sebab dalam tu boleh pakai bikini untuk memikat mat salleh yang datang bulan Julai nanti.  Haha.  Kulit mesti 'tan' sikit.  Cara-caranya ialah menolong nenek di kampung menjemur padi atau berjalan-jalan di padang Merdeka di bawah panas terik matahari pukul 12 tengah hari setiap hari.  


Pesen nombor 3 ini sesuai digayakan di pejabat.  Tetapi untuk yang bekerja di swasta lah sebab kalau kat gomen, makcik-makcik kerani kaki umpat akan mengutuk anda di belakang kaw-kaw punya walaupun mereka pandai berlakon di depan memuji-muji betapa stylo dan cantiknya anda.   Saya panggil pesen ni, Office Vintage Bikin Makcik Jealous.  Jika susah cari attire macam ini sila ke kedai bundle Shalom atau bundle Ma'aruf.  Haha. 


OK.  Last but not least kata orang.  Pesen terakhir ini diberi nama, Baju Begantong, Seluar Begantong, Rambut Bun Kosong.  Whoahh.. berima gitu.  Tapi kalau boleh jangan buat sanggul macam ini ye ini sanggul dipanggil sanggul Princess Leia sapa tak tau sapa Princess Leia korang Google sajelah maklumlah korang kan budak hingusan tau Transformers aje haha.  Jangan marah.  Sapa berdada kempis amat sesuai memakai outfit ini ketika ke kolej atau pejabat tapi kalau nasi lemak anda berharga RM3.00 dan tonggek mengalahkan Bedah Tonggek musuh Kuntom Renjong kalau telinga anda tebal so teruskan niat anda.  Kenapa??? Sebab baju akan jadi lebih tinggi hanging nya, dan seluar pun makin tinggi sebab tonggek anda sudah menjungkitkan seluar itu.  Sudahnya orang ramai akan bertanya, "Beb, rumah lu banjir ke???" Haha. Tak dapek den nak monolong ekau Minah oi...


Nah macam mana.  Stylo tak saya?  Ada taste tak.  Hello Bernard Chandran!! *Lambai lambai.  Ignore kan aje entri mereng ini sebab saya mabuk sikit.  Ubat demam dan antibiotik saya sangat kuat sampai saya tak boleh berpikir dengan betul lagi. Tengok, eja berfikir pun boleh salah.  Haha.

So I hope you guys gonna love this website.  Till then, take care, buhbye!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan