ERA

Sambutan Hari Ibu Cara Mizz Coki

By Mizz Coki - Mei 10, 2011

OMG. Rasanya tahun inilah sambutan Hari Ibu antara yang terbaik buat saya. Sebelum ni ada BBQ-lah, Piknik-lah, Shopping-lah, Dinner-lah, Movie-lah tapi tahun ini saya dapat dua hadiah!! Tahun ini kami mulakan dengan pergi ke The Spring.



Susah nak bawak hubby pergi The Spring pada hujung minggu walaupun The Spring tu jaraknya kalau driving tak sampai 3 minit pun dari rumah kami. Typical Kuching people. Tempat ni memang sesak gila hujung minggu. Boulevard penuh jugak tapi kat Supermarket dan tingkat atas sekali (tempat budak-budak main) je ramai orang. Berbanding dengan Boulevard, The Spring ada banyak hip stores dan bukan macam kedai lain yang banyak jual baru saiz kecik dari China tu. Bilalah The Summer nak bukak kat Kota Samarahan? Kalau The Summer bukak baru The Spring ada lengang sikit. Serius. Saya kalau pergi sini mesti pergi waktu saya amik cuti ngengada time kerja. Teringat dengan joke kiterang kat UiTM dulu. Asal weekend time budak-budak outing, sapa –sapa balik dari shopping bawak plastik kedai Sin Swee Fatt , India Street tu mesti budak Kuching because they know the best place to get good bargain. Kalau budak luar Kuching (maaf tak boleh sebut tempat/daerah, sensitif tau!) beli berus gigi sebatang pun mesti kat Parkson Grand, sebab boleh tayang plastik kuning tu huhu. Janji plastic kuning Parkson Grand OK? Eeww!


Well, back to the story morry tadi right. Pada Sabtu lepas diadakan satu event iaitu RockERA Digi disokong oleh KPSU wah lengkap gitu. Battle of the bands di mana memperseterukan 5 buah bands dari Kuching iaitu Mayze, Akur, Sonar Instinct, Polar dan Delphian for Aria. The reason kiterang datang sebab kita sokong band Akur. Hubby dulu adalah drummer band ni tapi sebab komitmen yang banyak terhadap keluarga dan kerjaya maka terpaksalah mengundur diri setelah bersama Akur selama 7 tahun. Sebab kedua sebab hubby tau saya minat HUJAN!!!!! Dia pun minat sama. Sanggup saya berdiri menahan panas, lapar dan lenguh demi HUJAN. Maklumlah badan berat, last-last saya berdiri berkaki ayam baru tumit kaki saya tak sakit. Haha. Ada part saya nyaris nak tumbang sebab hampir pitam menahan kelaparan ahahahaha.. bodoh kan??? Dah tu saya kan pendek jadi haruslah saya berdiri depan stage di zon V.I.P Rockzone supaya senang amik gambar dan jerit-jerit nyanyi bersama Noh.


Hos malam tu ada 4 orang. Dari ERA KL ada Dina Nazir dan Reza. Hazmin dan Osha dari ERA Kuching. *Rindu kat Osha.* Petang tu kami jumpa siap jerit-jerit histeria macam orang gila. Oh ya! DJ Osha dulu satu ofis dengan saya memang geng gitu! My friend, Haslina, yang saya terserempak gila lepas tu meloncat-loncat sempat komen Dina tu iras iras saya. Huhu. Gedik.



Band pertama ialah Polar! Oleh kerana saya selalu ikut hubby pergi gig saya kenal dengan band ini. Suka dengan vokal Saif. Power gila! Mereka famous dengan lagu Majesty. Powerful performance. Lagu cover, Drama King alias Raja Drama adoi bergegar pentas.


Kumpulan ni pulak Sonar Instinct namanya. Vokalis dia sempat dikomen mirip vokalis Sixth Sense. Gitaris dia comel doh.


Ok. Ini pulak Delphian for Aria. Gitaris dan vokalis adik beradik dengan Claudia AF. Saya mula-mula ingat Claudia tukar warna rambut tapi bila tengok gigi cerabah dia, hmmm confirm salah orang. Gigi Claudia sudah santek masa di AF. Rocking jugak persembahan cuma sebutan agak slurry tapi bila nyanyi lagu cover Marabahaya hmmm.. hebaaaakkk!

OK. Now gambar-gambar band Akur pulak kat bawah. Rindu sungguh nak ikut derang jamming tapi apakan daya hari hari saya sudah sangat padat sampai hujung minggu.



Yang ini bassist handsome tapi nakal doh nama dia Mae. Dia ni nampak pemalu kontrol ayu tapi atas pentas dia conquer habis macam bapak dia punya pentas!



Yang tutup muka ni haaaa kalau sekali imbas mesti orang ingat minah salleh mana la pulak Akur import ni. Perkenalkan nama dia Emma Raja. Half English, half Kelabit. Budak budak lagi, kalau nak tackle kena tanya kakak dia ni dulu OK??? Haha..


Yang syahdu tengah melalak tu Syrile nama dia. Suara dia power gila. Saya suka bila dia pegang mikrofon aje terus putus urat malu dia. Spesis pemalu dia ni tau kalau kita jumpa live. Yang tak tau kenapa pakai rayban tu Morgan. Dia dan hubby lah pengasas band ni dulu.


Syrile tengah mengajak semua penonton bertepuk tangan dan menyanyi bersama. Lagu cover derang malam tu ialah HOt n Cold, lagu Katy Perry tapi diberi nafas baru. Segar!


Pemenang malam itu tak lain tak bukan ialah kumpulan Mayze. Pun kita kenal jugak sebab pernah satu stage dengan Akur tiga tahun dulu. Salah satu faktor penyumbang populariti derang ni sebab vokalis/gitar dan jugak bassist derang. Salleh dan Pian. Mereka ni adik beradik. Dahlah adik beradik, handsome pulak tu. Gegendang telinga saya hampir pecah saat mereka ni masuk bukan sebab sound system rosak tapi mana tah makhluk gedik terpekik terlolong (perempuan lah ni) di belakang saya jerit jerit nama Pian. Maaf cik cik semua, Pian bawak awek dia malam tu, minah salleh OK?? Saya tau sebab Pian dan Salleh ialah kazen kepada kawan saya Haslina. Supporter ramai gila doh. Awek cun, standard lebih tinggi, sikit tinggi sebab dia slumber dan tak gedik. Dahla perut lapar, gegendang telinga nak pecah. Telinga saya 'kebas' sekejap sampai saya buat muka marah. Hubby suruh saya jangan buat hal. Tanak gaduh. Rasa nak bertumbuk pun ada time ni. Agaknya 'benda' kat dalam seluar mereka ni dah merembes rembes airnya melihat Pian beraksi kut. *marah* Oh ya. Mereka loaded dapat RM4 ribu dan paling best, dapat peluang merakam EP di bawah Warner Music.

Last but not least. Kemunculan yang dinantikan. Masa ni saya dah lupa yang perut saya belum diisi lagi, kaki saya dah lenguh, tekak saya dah haus sebab.......



Whoaaa! Macam Guns & Roses kauuu!

Tengok Izzat kat tepi tu, kurus kan???

Sebab saya fan HUJAN yang kipas berani mati, yang tegar, yang Raingers yang hapa lagi entahlah. Noh is more good looking bila tengok live. Motif dalam TV selebet aje kau Noh?? Anyway saya terpukau dengan bassist dia yang nama Izzat sebab terlalu kurus dan lengan dia lebih kecik dari fret bass dan dia main 5 string bass dan dia sangat bertenaga walaupun kurus melidi and I was like.. nganga all along the way they performed that nite. Sampai terbatuk-batuk saya dibuatnya sebab dahla haus, tekak kering tiba-tiba menjerit HOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!! Pastu nyanyi sama-sama lagu wajib HUJAN, AKU SKANDAL.

Memang puas hatilah sebab walaupun saya berdiri hampir enam jam tapi sangat puas hati. Adusss.. tiba-tiba perut lapar. Sebelum konsert berakhir saya dah blah pergi Secret Recipe (mahal pun mahallah) sebab saya dah tak mampu nak menapak ke KFC yang terletak di sebelah Kluang Station dan Starbucks. Makan Fish & Chips satu pinggan kongsi berdua. Diet kena jaga jugak beb. Minum pulak jus tembikai. Arrgggghh.. lega.

Oh ya, satu lagi hadiah yang saya dapat.


Comel tak???  Latest addition to our family member.  Bim Bim.  Hubby hadiahkan sebab dari dulu saya merengek-rengek nak seekor Tinklebell macam Paris Hilton punya so that dapat bawak jalan-jalan pergi taman sambil exercise.  Hadiah ini juga hadiah bonus sebab saya berjaya turun 6 kilogram dalam masa sebulan.  Saya target 12 kilogram tau.  Kecewa jugak tapi dapat puppy punya pasal, saya girang!

Berita terkini:  Ibu jari kaki saya melecet. Konsert punya pasal. Hampeh.


*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan