Saat-Saat Terindah & Menggembirakan | Happiest Moments!

By Mizz Coki - Mei 25, 2011

Saat-saat terindah yang saya tak kan lupa lah dalam hidup saya ada banyak selain dari berkahwin, pengalaman melahirkan pertama kali secara Caesarian haha! Naik basikal, menang peraduan menulis esei peringkat daerah, sekolah... eh jumpa Erra Fazira, tengok konsert Hujan, jumpa Pak Nil (Hai Pak Nil!!!!!) Haha, macamlah Pak Nil tu baca blog ni kan.  Kat bawah ni ada beberapa yang saya nak kongsi.


Foto ni. Pasukan kerja yang paling fantastic-fabulous-mantap.  Terbaeeekkk!!  Masa ni lah zaman kemasyhuran kami.  Dapat pergi kursus mahal-mahal, duit peruntukan melambak-lambak, bosses that were so super-sporting!  Makan McD hari-hari....... kah kah kah!  Kisah di sebalik gambar ini, sebenarnya hari terakhir Dr. Lee menabur bakti kepada ibu pertiwi.  Ayat... tak hengat!


Saya ada baaaaanyak koleksi gambar harijadi mendiang ayah saya dalam simpanan tapi kenapa gambar ini?  Por yor inpormesyen, inilah foto harijadi terakhir beliau iaitu yang ke 58.  Saya masih ingat beliau nak buat Besdei Parti besaarr punya for his 60th birthday.  Tapi Tuhan lebih sayangkan Ayah.  Dia pergi buat meninggalkan kami 9 bulan selepas foto ini diambil.  Miss you Dad!


Ini adalah kegilaan poyo. Nasib baik belum gila Subway lagi.  Kalau gila Subway haruslah sanggup terbang ke KL semata-mata nak gigit sandwich Subway.  Ini Burger King, sini Kuching memang taraa... mau rasa itu Super Duper Whopper tapi perut masi kici. Haha!  Ni masa pergi dengan SIL ke KL tahun 2008.  Gembiranya!!  Love you burger King!  Mentang-mentang laki mak surname dia King.  KING KONG.  

Korang ada snap-snap saat-saat terindah dalam hidup korang?  Janganlah simpan jadi pekasam.  Ni, ada satu kontes kan, hadiah dia sebijik Mazda 3 yang perggghh.... merelit!


Korang belilah kopok LAY'S arini mana tau ada nasib boleh menang kereta Mazda 3 yang cun ituuuu???



Undilah Saya Kalau Cinta!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan