Perasan Cintun Ngan Cikgu - Entri Spesel Hari Guru

By Mizz Coki - Mei 17, 2011

Dulu-dulu kan teringat zaman muda remaja, masa mula-mula kenal apa itu tuala wanita dan apa itu bra.  Haha.  Macam-macam benda nak dieksplorasikan.  Curiousity tahap dahsyat time tu.  Bila masuk je Cikgu Cikgu Pelatih dari Maktab, ambik kau!  Sapa paling comel dia itulah paaaaaaaling ramai peminat.  Kalau sekolah rendah gerenti budak budak Darjah 6 yang tergedik gedik.  Kalau sekolah menengah, siaplah kalau ada guru substitute yang hensem masuk menggantikan guru yang tengah cuti bersalin.  Haha.  Memori sungguh.

Ingat tak korang, mesti cikgu yang hensem tu kan dikerumuni oleh student perempuan.  Bukan apa, cikgu pelatih ni lebih kreatif berbanding dengan cikgu yang dah lama mengajar.  Sebab tulah kot budak budak rasa seronok.  Zaman sekarang pun macam lebih kurang je sebab haritu saya pernah nampak kat Facebook Miss Gabby, amboi amboi bukan main derang siap tagging gambar dengan cikgu pelatih derang.  Lepas tu siap ada komen komen yang claim that cikgu tu boipren derang.  Eeeeiii... getek. ahahahaha....

Apa-apapun, cikgu banyak berjasa kepada kita dan negara.  Memang sesuai lah kalau gaji cikgu dinaikkan berbaloi dengan usaha mereka.  Pak mertua saya dulu pun cikgu, Penolong Kanan merangkap cikgu sukan.  Mana-mana perlawanan mesti dia yang bawak budak-budak berhimpit dalam kereta.  Kereta sendiri lagi mana ada claim petrol bagai??  Siap lagi budak-budak tu dibawak nye makan kat rumah dulu sebelum pergi perlawanan.

Kalau tak kerana cikgu kita tak berada kat mana kita berada sekarang.  Terima kasih yang tak terhingga cikgu, jasa cikgu takkan dapat kami balas sampai bila-bila.  Terima kasih Cikgu!!  Selamat Hari Guru.



Ada lagi citer pasal syok kat cikgu, klik gambar di atas kalau nak baca!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan