Perangai Waitress Orang Kita Yang Sangat Tipikal

By Mizz Coki - Mei 19, 2011


Dah selalu saya perhatikan. Dari dulu nak berblog pasal ni tapi asik lupa kaedahnya.

Saya perhatikan kalau saya pergi makan kat mana-mana kedai, kopitiam, restoran yang waitress nya 'orang kita' (bumiputera lah tu!)  Mesti jenis tergedik-gedik!  Gedik-gedik manja tu bolehlah diterima tapi pernah tak korang terserempak dengan waitress yang asal nampak je jantan macho sikit terus nyanyi tak hengat!  Rasa nak cubit-cubit pepek peha derang.  Suara sedap takpe jugak.  
Cuba perhatikan.  Kalau takde pelanggan, sementara tunggu pelanggan panggil, derang mesti duduk berkumpul satu meja lepas tu pandang pelanggan-pelanggan yang masuk ke kedai dengan pandangan menggoda (untuk lelaki).  Kalau pelanggan perempuan tu stylo dan termasuk dalam kategori cantik, habislah kena jeling!
Kalau pelanggan tu lelaki, panggil derang, mintak tolong ambilkan ashtray ke, kicap ke, sos cili ke mesti mendada lajuuuuuuuuuuuuuuu je datang dengan gediknya.  Kalau pelanggan perempuan mesti kena herdik!  Adik ipar saya pernah kena.  Nanti saya cerita ye?
Lepas tu kalau ada sekumpulan pelanggan lelaki tengah syiok makan, nak nak group tu hensem semua, mulalah derang ni nyanyi-nyanyi dengan suara nyaring untuk mendapat perhatian.  Kalau tak mesti buat aksi manja-manja bergurau sesama sendiri lepas tu bila aksi kejar mengejar bermula maka terjerit-jeritlah mereka macam kena rogol.  
Yang herannya kalau saya pergi makan kat kedai Cina, takde pulak nampak aksi-aksi berahi berani mati ni.  Berani waitress tu sumer nak duduk kat meja depan?? Mau kena pelangkung taukey kedai tu.  Waitress kena berdiri siap sedia untuk menservis pelanggan (lucah je bunyi ni haha) tau? Kalau nak rehat, duduk, merokok semua kena buat kat belakang, kat dapur.  Itu baru profesional nama nya.

Kisah adik ipar saya ni memang best.  Saya salute dia sebab berani.  Dipendekkan cerita lah pada satu hari dia dan suami dia pergi makan mee goreng.  Memang tabiat orang kita kalau makan yang goreng-goreng haruslah ada sos cili kan?  Dengan sopannya dia panggil budak perempuan yang bantu-bantu tokey mee goreng tu. “Dik, mintak sikit sos cili,boleh tak?”. Tiba-tiba budak perempuan tu menjawab, “TADI TAK NAK MINTAK!!!!” Sambil membebel sambil tarik muka masam. Takpe. Nak mengadap rezeki tak elok naik hangin kan. So my SIL tadi terus habiskan mee goreng dia dengan hati yang terguris sedikit. Lepas habis makan, dia terus angkat dan mengadu kat tokey mee goreng tu. “Excuse me, your assistant is very RUDE! She’s very RUDE. Tadi saya mintak sos cili bagus-bagus sama dia, dia pergi tengking saya ho”. Budak perempuan tu dah separuh cuak sempat lagi menjawab, “Taaak, tadi dia mintak sos cili…………” My SIL terus menyampuk sambil jerkah dia. “NO! I DON’T CARE BUT YOU ARE SO RUDE! YOU ARE VERY RUDE TO ME!!” Sambil tuding jari ke arah muka perempuan tu yang dah ketakutan. Padan muka. Peristiwa ni disaksikan oleh semua pelanggan kat tempat tu. Padan muka. Dia ingat semua yang makan kat situ bodoh ke apa.  My SIL kata nasiblah kalau masih nampak budak tu kat situ sebab tokey dia nampak macam hangin je lepas dengar komplen dari my SIL.  Hello, customers are always right.  Customers are Kings.  Remember that.  Always bear in your mind.  



[Awek tertidur kekenyangan setelah dilayan mesra oleh waitress yang baik hati. Klik gambar untuk mengetahui ceritanya].



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

9 ulasan