Mimpi Best | Bukan Entri Mimpi Basah!

By Mizz Coki - Mei 23, 2011

Seram sejuk pun ada.

Bingung pun ada.

Pernah tak korang dapat mimpi macam 2 in 1 gitu?  Haaaaa ni pasal mimpi saya malam tadi.  Boleh pulak berada di dua tempat lompat lompat macam Jumper gitu.

Mimpi 1

Saya dalam bas. Motif? Ntahlah.  Tapi saya masih ingat yang saya dalam perjalanan nak balik ke ofis tapi terlanjur terus ke rumah lama, rumah mak.  Bila saya pass by  rumah Mak, rumah tu dah kena roboh (in reality, yes dah lama roboh pun!).  Saya sedih sangat lepas tu saya turun kat simpang rumah jiran saya.  Lepas tu saya duduk atas pondok macam Pergola tu tapi saya dok kat atas bumbung dia.  Jiran saya tanya saya, Buat apa tu?  Saya cuma jawab, Uncle... saya cuma nak tengok rumah lama.  Rasa sebak pun ada time tu.

Mimpi 2
Mimpi pun bertukar lepas tu.  Tiba-tiba saya berada di rumah bersama-sama keluarga.  Yang pasti masa ni saya rasa diri saya masih muda, kurus dan of courselah bujang!  Kami dibawa ke rumah baru, rumah besar tau.  Lepas tu saya dan adik-adik berebut-rebut pilih bilik sendiri.  Lepas tu tiba-tiba saya kat sekolah tapi saya perasan yang uniform saya pelik sikit.  Lepas tu semua budak pandang saya semacam.  Tiba-tiba ada dua tiga orang budak perempuan, one of them is Scha Al-Yahya!!  Uiiiiihh..derang ni macam Diva Sekolah lah!  Siap jeling-jeling saya lepas tu sengaja jalan rempuh langgar bahu saya.  Lepas tu ada sorang budak lelaki pulak berjalan dengan lajunya lepas tu merempuh saya.  "Maaf. Saya gak sengaja. Eh, kamu anak baru ya??" [La.. sudah kat mana pulak aku ni?].  Saya angguk. "IYAH, SAYA ANAK BARU KOQ. SAYA DARI MALAYSIA."  Lepas tu mamat tu cabut.  Saya pun tengok kiri kanan.  Ramai budak-budak sekolah tengah baca buku duduk kat taman.  Saya takde tempat duduk terus bersila duduk kat gelanggang.  Tiba-tiba saya dikerumuni oleh sekumpulan budak-budak perempuan yang nak berkawan.  "Kamu anak baru ya???... "  Tanya mereka.  "IYAH, AKU BARU PINDAH KE SINI.  AKU DARI MALAYSIA."  Mereka pun tanya lagi.  "Kamu udah kenal nggak sama Brama??" [Dah dah sudah, sapa pulak mamat Brama ni???!!]  "SIAPA YAH?" Saya tanya mereka balik.  "Yang itu!!!!!" Kata mereka sambil tunjuk kat sorang mamat ni.  Ler.. mamat yang langgar saya tadi. "OH, KALO YANG ITU SIH, IYA AKU UDAH KENAL SAMA DOI. YANG JAGO MAIN BASKET YA?" .  Awek-awek tadi tersenyum, "Waaaaaah!  Ternyata udah kenal tuch! ciehhhhh..." Kata mereka dengan nada mengusik.  Waaaahhhh..... dalam mimpi spiking Indo berabok kauuu!!! Siot aje tapi sumpah macam dalam sinetron!
Dalam mimpi saya pakai macam ni.  Mesti kawan saya si Chenal gelak kat saya sebab dia tau saya pakai skirt pendek macam ni masa kat sekolah!


Entahlah. Nak kata tak basuh kaki sebelum tido saya siap dah basuh kaki.  Nak kata tak baca doa... ye kut? Tapi sumpah!  Mimpi ini memang lucu.  Saya cerita kat hubby dia boleh gelak-gelak kata saya ngomong kayak Bibik!  Emang dasar!  Haha!


Iklan Best! 

RM30 FOR THE MULTIPLE SOURCES OF INCOME SUMMIT BY MASTERYASIA
AD Deal of the Day: RM30 instead of RM280 (One ticket), RM50 instead of RM560 (Two tickets) or RM70 instead of RM840 (Three tickets) for the Multiple Sources of Income Summit by MasteryAsia, Kuala Lumpur.  Listen to the experts! This Summit will provide actual and handy strategies on unleashing a steady flow of passive income by bringing together wealth experts to lay out real-world pathways in creating extraordinary wealth for ordinary people.  Tell your friends about it and get rewarded with every purchase they make with your link!




Hey!  Klik untuk Mengundi Saya.

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan