Menu Hari Gawai yang Dah Jadi Fusion!

By Mizz Coki - Mei 24, 2011

Tinggal empat hari je kerja lagi sebelum cuti Hari Gawai.  Jangan heran ye hari-hari ada topik sebut Hari Gawai, hahahahaha!!!!  Betul-betul nak menghidupkan mood yang tak berapa nak hidup ni sebab kecewa.  Kecewa sebab apa itu saya dah cita kat entri sebelum ini.  Pasal gaji lah apa lagi. Tapi takpe, saya dah positif balik.  Maafkan saya sebab bagi ptuih! tengah marah semalam, darah muda lah katakan... (muda ke kauu? Haha).  Lagipun duit tu boleh simpan untuk saya berjimba-jimba dengan 6 orang rakan saya pada Julai nanti.  Itu entri akan datanglah so tunggguuuuuuuuuuuuu!

Bercakap tentang Hari Gawai ni kan, itulah sayangnya saya tak terdedah sangat dengan kehidupan rumah panjang sebab saya dok bandar.  Balik rumah panjang pun 2-3 tahun sekali lepas tu rumah panjang sekarang dah moden.  Takde maknanya nak melihat kerbau dan vavi berlari berkeliaran di bawah rumah.  Rumah panjang belah bapak saya kan, siap ada Astro lagi!!  Dapur pun guna dapur gas 4 tungku tu.  Bahagian atas rumah selalu orang simpan padi kan? Mana de tanam padi sekarang.  Dah jadi 3 buah bilik tidur siap dengan bilik mandi kat tingkat atas.  Ada veranda lagi, ahahah... moden kan?

Kalau bercakap tentang menu pulak, meh tengok.


Kita panggil 'Penganan Jala'.  Proses nak membuat ni dipanggil 'bertatak'.  Mak saya cakaplah.  Saya reti makan jek.


Haaaa.. ini tak sah kalau takde atas meja time Gawai.  Macam Raya jugak takde keputat, eh? Ketupaaat haaa memang tak sah!  Ayam ni dicampur serai, halia, garam, bawang, air sikit, pucuk ubi lepas tu sumbat je dalam buluh agak-agak besar lah (bunyi macam senang kan? Haha).  Lepas tu masak macam lemang tu.  Oh jangan lupa kasi itu daun orang Iban panggil 'Daun Bungkang'.  Daun ni peranan dia macam ajinomoto lah, memberi rasa dan aroma wangi kepada Pansoh tapi dia selamat dan semulajadi.  Heran lah kenapa takde orang nak mengkomersilkan daun bungkang ni hahaha.. kan??  Lepas tu ada yang suka taruk kiterang panggil 'Tepus' atau orang Bidayuh panggil 'Tipuk' .. (tak tipu punya, lol)  Tepus tu sebenarnya sejenis tumbuhan macam umbut bunga kantan tu.  


Ni la rupa daun bungkang.  Terbongkang mata makan Pansoh kalau diberi daun ni tau, sedap!


Ni pulak daun pucuk ubi yang dah ditumbuk, dimasak style Iban.  Orang Iban panggil daun ni, 'daun bandung'/ daun empasa/ daun jabang (ikut daerah lah...).  Cara mak mertua saya masak, tumis ikan bilis dan bawang-bawangan yang dah ditumbuk, kemudian masukkan daun ubi tumbuk ni masak sampai layu, lepas tu masukkan cili padi sebiji-sebiji tu.  Sedap bila makan, nak-nak bila gigi tergigit cili padi tu perggghhhh!!!  Gambar-gambar ni semua dicilok dari blog lama saya yang berbahasa Inggeris:  KLIK SINI.

Semakin zaman maju kan, makanan tradisi kaum Iban mula dilupakan.  Macam saya, lahir di Perak, ayah saya memang belajar masak pun semua lauk-pauk orang Melayu maka terhasillah lidah saya yang sangat mencintai cili padi, kari mari, rendang mendang, masak lemak dan saya tak berapa pandai nak masak makanan orang Iban ni.  Tahun ni ingatkan nak buat nasi impit, kuah satay, rendang daging, sayur campur, nasi tomato, ayam masak merah (perggghhhh!!!! macam lauk Hari Raya ahahahah!!!)  Tapi Encik Hubby suruh saya tukar menu ke menu cina.  Habislah semua Pak Lo Daging dan Telur, Sweet & Sour Fish, Sizzling Tofu, Stir Fry Veggies & Nasi Goreng Yong Chow dah keluar senarai, haahahaha!!!  Dah rasa macam Iron Chef Chinese Cuisine diberi mandat pulak rasanya.  OKlah darling, whatever you say, I follow kan aje!

Gambar burger.  Nampak sedap.


Sedap tak?  Sedap?? Haaaa... kalau nak rasa, nak tau kat mana boleh dapat burger enak ni jom klik sini.  BURGER SEDAP!



UNDILAH MIZZ COKI KALAU SUDI!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan