Masak-Masak Time Cuti Mesti Timbang Naik Besok Lusa

By Mizz Coki - Mei 02, 2011

Sejak konon diet ni kan, saya rasa lama dah tak buat projek masak-masak.  Tiba-tiba teringin nak makan lontong amboi sedap gila pekena time tengah hari kan??  Dahlah terbeli ketupat segera punyalah banyak boleh buat makan-makan dua tiga hari aduhh!

Jadi pada suatu pagi Ahad yang indah, oh ya Selamat Hari Pekerja ya semua! Kami ternampak kereta comel vintage ini di Batu 7.  Eeeeeii rasa nak curi haha.

Ish.  Ramai pulak orang hari ini.  Ahad lah katakan. Lama dah tak pergi market kat sini yelah dulu semput kan?? Hahahahahaha.... sekarang dah gedik dah, parking separa jauh pun takpe, janji berpeluh sebab nak kuarkan toksin dan bakar lemak untuk standby kan perut sebab hari ini saya masak, 



L O N T O N G!!! Yayyyy!!!  Mempersembahkan lontong Mizz Coki yang tak berapa menyelerakan bersambal kuah kacang.  Resepi cilok dari internet.  Sayang tak jumpa tempe.  Tu je yang takde. Huhu.  Tapaukan sikit untuk family ipar pulak.  Satu periuk besar kuah lodeh dia.  Sapa nak makan kan?




Ni cucur udang comel.  Sorry, takde masa nak buat dan nasiblah anak dara saya yang 'rajin' itu mencekau Cucur Udang Adabi kat supermarket.  Oh ya, dah goreng kena tapis dulu ye, kita serap dulu minyaknya.



Lepas tu siap untuk makan.  Jangan lupa sos cili ya.



Sebab dah masak sedap hubby bawak pergi tempat aiskrim favourite kiterang iaitu Young Su's Ice Cream, Jalan Song.  Oh ya, aiskrim ni RM2.90 je, padan sungguh dengan cup cinonet dia.  Makan sikit sudehhh... Janji sejuk di lidah haha.

Gerenti berat badan naik sekilo besok.  Petang ni kena bersauna lah jawabnya.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan