Mari Melawat ke Tasik Biru, Bau Sambil Tengok Mamat Tergolek Dog!

By Mizz Coki - Mei 07, 2011

Hari ni saja ikut hubby.  Bila suami buat kerja isteri klik klik kamera.  Jalan punya jalan kami sampai kat Tasik Biru, tak jauh dari pekan Bau (sebutan: Ba-wu').  Sementara tunggu Majlis Daerah Bau buka semula selepas waktu lunch kami singgah kejap hubby ajak dating tengok Tasik Biru.  Sumpah!  Walaupun saya dok Kuching tapi inilah kali pertama saya singgah dan menikmati angin tengah hari walaupun tengah berdiet perut lapar.


Cantik weh suasana kat tasik ni.  Tenang aje walaupun panas terik membakar kepala.  Rasa nak buat rumah pulak tepi tasik ni kalau boleh.  Ish.  Berangan.


Auuuwwhhh. Gojes gila.  Hello!  Ada ikan jaws takk?  Mengong.


Suasana romantis kami dikejutkan oleh bunyi hiruk pikuk gelak ketawa tiga orang mamat yang lepak tak jauh dari kami.  Saya sumpah, saya nampak one of them, dengan kontrol macho nya berjalan ala-ala buat video klip lagu SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT lagu SHIDEE tu tiba-tiba dia boleh TERGOLEK JATUH nasib baik tak termasuk dalam tasik tu, dia cuma tersangkut kat tepi tu tapi memang HERO MALAYA lah dia time tu sebab kawan dia terpaksa amik tali untuk tarik dia.  HAHA.  SUMPAH.  MEMANG KELAKO ABIS.

Bila terkenang cerita hubby, tasik ni air dia tak bersih sebab berARSENIK.  Sejarah tasik ni dulu kan, dibuka oleh satu kompeni British dan diberi nama Lombong Tai Parit.  Borneo Company (milik British pada zaman itu) telah beroperasi melombong emas kat sini dari tahun 1898 sampailah tempat ni banjir pada tahun 1921 dan jadilah tasik. Tempat ni memang popular sebagai tempat rekreasi.  Tempat ni terkenal juga sebab air nya yang dikatakan mengandungi kandungan arsenik walaupun sehingga ke hari ini tiada keracunan arsenik dilaporkan!  Sumber: KuchingKayak.com


Dah.  Cukup-cukuplah gelak tu.  Ni ada barang baik kena kongsi dengan kawan-kawan.  Klik gambar untuk offer ya!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan