Mana Lagi Best? Boss Ada ke Takde?

By Mizz Coki - Mei 18, 2011

Entri masa senggang la ni.  Hari ini boss besar dan boss kecik dua-dua takde kat ofis.  Yillek!  Oh, jangan happy-happy dulu ya ko Mizz Coki.  Minit Mesyuarat Pengurusan udah siap ke belum?  *tepuk dahi*


Jadi P.A. ni memang tak lekang dari boss.  Bukan bermaksud ikut montot boss atau dok bawah ketiak boss OK, sila pahamkan ayat ini.  Haha.  Saya nak tanya lah pendapat korang readers yang baik hati, korang suka tak bila boss korang takde?

Ramai yang suka bila boss takde sebab yeah hip hip hooray boleh buat kerja sendiri, masa FREE banyak kan?  Tapi terus-terang saya kata saya tak suka kalau boss takde atas sebab-sebab:
Kerja makin menimbun.  Surat-surat banyak tunggu boss balik dari travelling.  Once boss balik, bila surat tu keluar kussss semangat! Memang kencang macam tsunami!
Takde tempat merujuk.  Ada perkara tertentu PTD dan Timbalan tak boleh tolong hanya boss yang mengetahui.  Kena SMS/call boss, dahla nak jimat prepaid, telefon ofis pulak tak boleh call keluar.  Nyampah.
Sunyi.  At least kalau boss ada, ada orang join gelak-gelak kat ofis.
Well, boss saya kat JB untuk 2 hari, lepas tu terbang ke KL pulak ada meeting lagi.  Boss kecik pulak sakit mata, konpem MC seminggu.

OK.  Dah dah, nak main games dan tengok movie Indonesia kat YouTube sambung taip minit mesyuarat ni.  Aaaaaahh... sedapnya pekena Milo O panassss... 

Ko ada?? +___+



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan