Lanun-Lanun Caribbean | Movie Time!

By Mizz Coki - Mei 31, 2011

Hari Isnin.  Tak kerja sebab dah bercuti untuk Gawai. Memang hari ini saya busy mengalahkan Perdana Menteri dari siang sampai malam, 3 trip saya buat keluar beli barang bukan apa, masa shopping tiba-tiba perut saya dah senak, tambahan pulak saya penggeli gila nak buang hajat kat tandas awam.  Nasib baik tak jauh dari rumah dan jalan tak jammed so kita orang balik dulu, saya buang dengan senang hati kemudian keluar shopping lagi.

Malam nya pulak seperti dirasuk apa tah saya mesti jugak nak tengok wayang.  So oleh kerana saya adalah peminat tegar Kepten Jek Spero jadi kita semua pakat tengok Pirates of Caribbean - The Stranger Tides.  

Kita amik time 8:00 pm sebab senang lagipun time kita sampai pun cukup-cukup untuk beratur beli tiket dan popcorn.  Hmmm... pelik rasanya sebab lama dah tak ke sini, maklumlah kiterang selalu pergi ke MBO kat The Spring.  Lagipun The Spring tu tak jauh dari rumah kami cuma 5 minit je pakai kereta. Banyak cerita menarik yang saya nak kongsikan bukan pasal movie ni tapi adventures kami nak pergi ke Star Cineplex ni.  Antara fakta yang saya dapat kumpul dalam kepala saya saat menaip ini:
Star Cineplex wujud selepas Riverside Cineplex jadi maklumlah Star kan tempat baru jadi tempat ini sangat sesak.  Pernah sekali tu, kami nak tengok movie ape ye saya dah lupa.  Jangankan nak beratur beli tiket, nak berdiri tunggu nak masuk hall pun bersesak-sesak.  Itu dulu.  Habis manis sepah dibuang.  Sekarang orang ramai pergi ke MBO maklumlah tempat baru, konon konon stylo lagi pergi situ dari pergi ke Star apa kelas? Hahahaha....  Kelas bongok.
Tadi masa kami sampai, memang tak ramai orang tau.  Aih?? Mana pergi semua manusia.  Saya tahulah weekdays dan bukan weekend tapi Star dah macam hilang seri pulak.  Seronok jugak bila takde ramai orang.  Dunia rasa ana yang funya!  Oh ya, masa dalam panggung pun saya rasa tak sampai 50 orang yang menonton so kiterang duduk baris belakang sekali.  
Boleh pulak kiterang salah naik lif???  Apa kess??? Kes lama tak pergi ke sini lah.  Bila sampai tingkat 9 tiba-tiba nampak gelap gelita.  Habis.  Seram sejuk dibuatnya so terpaksalah guna tangga mencari tempat yang terang.  Wah, tempat yang terang itu barulah Star yang betul.  Hahahaha...
Dulu, usher mesti yang muda-muda.  Tadi kan, ada apek tua jadi usher tunjuk tempat duduk.  Lepas tu kat dalam panggung nampak sedikit kotor.  Kesian pulak saya tengok tempat ni.  Banyak memori kat sini.  Dulu macam-macam promosi derang buat kat sini tapi sekarang dah sunyi.
Kenapa kiterang tak pergi ke MBO?  Banyak sebab tapi yang pasti sebab kat MBO cita ni dalam 3D jadi ko kena bayar RM20 untuk satu tiket, kalau 3 orang dah RM60.  Dahlah nak berGawai tak lama lagi jadi takut bajet lari.  Kat Star cuma RM8 hehe.  Kat MBO belum tentu dapat tempat parking sebab orang ramai sesak kat The Spring.  Biasalah orang Kuching. Kalau tempat tu tempat baru memang macam kena hurung langau.  Sila rujuk Riverside, Wisma Satok dan Wisma Saberkas.  Tak seramai orang kat The Spring.
Overall rating nya saya bagi 5 bintang sebab tak rugi dan tidak mengecewakan saya.  Lepas movie tu habis kiterang semua dah kelaparan terus cari makanan.  What an enjoyable movie nite!


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan