Kuih Cakoi Lagi | Kali Ini Disapu Peanut Butter!!

By Mizz Coki - Mei 29, 2011

Sapa suka kuih Cakoi?? Yau Char Kueh, Cakoi, Chakueh, macam macam lah nama dia.  

Kuih ni memang sedap kalau makan waktu pagi atau untuk minum petang.  Kadang-kadang tu sedap jugak kalau dipotong-potong makan dengan Bubur Kacang Kuning.  Lupa pulak nama Cina bubur tu tapi pergghh, sumpah!  Sedap.  Satu lagi.  Cakoi kosong kan, sedap dicicah dengan Seri Kaya.  Kat ofis saya dulu, ada sorang colleague saya kan, nenek dia jual Cakoi Bawang.  Cicah dengan Kuah Mee Jawa.  Adoimak.  Sambil taip ni sambil telan air liur bila saya kenangkan balik.

Ingat tak entri saya pasal kuih Cakoi yang ada filing mayonis tu?  Hai AmirFX yang Ting Tong Teko-nya I hope you're gonna love this entry.  Aaaaahhh.... beberapa hari lepas, hubby ajak saya makan dan kita singgah kat stall yang jual cakoi tu.  Kali ini kami try yang ada Peanut Butter la pulak.


Memang sedap!  Kali ini kita tak beli banyak hahahaha aritu rasa senak nak habiskan. Kali ini beli satu saja.  itu pun nampak banyak kan???  Dahla panas-panas derang letak Peanut Butter duh duh duh.  Yang bestnya derang uli tepung, lepas tu goreng dan hidangkan kat situ jugak.  Memang fresh.

Lain kali kita nak try yang lain pulak.  Tunggu ye!


  • Share:

You Might Also Like

5 ulasan