Kerana Semangat Juang Menjahit Terlalu Tinggi Sampai Patah Jarum Dibuatnya!

By Mizz Coki - Mei 23, 2011

Fuhh.. lega lepas mandi dan cuci cuci rambut.  Lega sebab tadi tensyen gila menjahit.  Bukan tensyen apa, hahaha. tengah sedap sedap mesin tu mengenjut tiba-tiba 'thaggggg...!" ALA... PATAH!  Dahla tu kain langsir terakhir dah 95% siap tiba-tiba je ko buat hal jarum oi... Bukan langsir saya tapi adik ipar yang punya dia mintak saya tolong jahitkan.  Kena beli jarum barulah besok.

Takde mood nak keluar hari ni.  Tapi tetap gegeh jugak sebab stok Milo dan Fishball dah habis.  Badan ni habis dari lengan, pinggang, peha, betis sakit-sakit sebab berjalan naik bukit lepas tu kayuh beskal tak sampai 10 minit kaki dah lenguh!  Haha.  Cemana la ko nak kurus Mizz Coki oi. +__+

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera Sarawak, terutamanya Iban dan Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menuai dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.  Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.  Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali sebagai 'ngabang'. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.

Eh, kurang dua minggu Hari Gawai menjelma tiba.  Lusa dah terima gaji bermakna kopaklah den bulan ni.  Hujung minggu kena pergi Betong, lepas tu 30 - 31 haribulan gi shopping, belum lagi masuk nak bayar tailor lah, bil lah hmmmm... Tapi dah namanya pun $$$$ memang panas di tangan.  Keh..keh..keh...

..... tapi tetaplah macam takde mood nak turun kerja minggu ni.  Dah semangat nak berGawai kan???





Klik kalau anda suka!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan