Biar Papa Asal Bergaya!

By Mizz Coki - Mei 16, 2011

Pepatah evergreen yang ditujukan buat sapa-sapa yang terasa tu diri dia sendiri, nasiblah kan. Tiba-tiba je terasa nak buat topik ni sebab tadi masa check status apdet kawan-kawan kat Facebook ternampak one of my buddies ni tengah mengong sebab ada yang tanak bayar hutang.  Kesian my friend ni, dahla hujung bulan ni nak sambut Gawai.  Dia cakap orang tu sedap-sedap pinjam bila part nak bayar balik hutang buat-buat tak tau jerk.


Tak salah kalau berhutang tapi bila tiba waktu pandai-pandailah bayar.  Si penghutang pun bukannya kerja cop duit.  Kesian derang.  Kadang-kadang orang yang pinjam duit ni kerana gaji bulanan tak cukup untuk menampung keperluan yang mengada-ngada contohnya pergi facial dan shopping baju baru semata-mata nak nampak bergaya dan stylo.  Sudahnya jadilah pemegang gelaran "BIAR PAPA ASAL BERGAYA".  Ramai spesis manusia macam ni wujud tau.


Fikir sebelum buat keputusan nak berhutang

Teringat kisah dulu saya pun banyak kali terkena.  Tapi dari peristiwa macam ni saya dapat pengajaran untuk berhati-hati sebab saya ni jenis mudah dipengaruhi dan dipujuk.  Saya pantang sangat kalau orang datang kat saya nak pinjam duit sambil nangis-nangis kata anak takde susu, orang tua masuk hospital.  Cepat je tangan saya hulur kat orang yang bermasalah macam ni.

Kita dah dewasa dan bijak menilai sesuatu.  Jangan disebabkan nafsu, hidup kita jadi tak tentu.


*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!


  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan