Hari Guru dan Cucur Sayur

By Mizz Coki - Mei 16, 2011

Whoa!

Selamat Hari Guru buat Cikgu Cikgi semua. Buat bapak mertuaku juga walaupun che'gu pencen, Happy Teacher's Day Pak!  Kompem kan kat sekolah-sekolah minggu ni ada orang baca sajak, "Engkaulah Pendidik, Pembimbing Anak Bangsa, Pendukung Cita - Cita Negara" takpun mesti nyanyi lagu "Terima Kasih Cikgu" tu.  Huhu.  Pastu kelas-kelas buat parti dan sukaneka lah.  Miss Gabby dah pesan suruh saya tahun ni jangan susah-susah buat kek, beli aje.  Ek eleh pandai-pandai lak dia kasi order kat Mama dia.  Takpe.  Boringlah kek tiap tahun why not bawak Coke sebotol besar dan keropok satu plastik besar, dia kata orait.  Set!

Semalam datang gila buat cucur sayur dan tauhu goreng siap berkuah kacang.  Sila tengok gambar. Hehe.



Hoooooahh.  Diet tak hengat ko Mizz Coki.  Takpe, saya cuma teringin jerk.  Lama doh tak makan cucur tau. :D


Esok Wesak Day, nampaknya mabuk cutilah bulan ni kan?  Hehe.  Baguslah, dok opis tension asik meeeeeeeeting manjang.

OK.  Time to blah. Bebai!



OK.  Cantik tak gelang ni?  Dibuat dari kaca tau?  Kalau korang nak belajar cara-cara membuat gelang ni sebenarnya kelas dia agak mahal.  Tapi kan, kalau korang KLIK GAMBAR tu korang akan dapat diskaun jadi boleh lah try masa cuti sekolah pertengahan tahun nanti.  Ajak mak, ayah, kakak, abang, adik, suami, isteri dan anak-anak sekali.








*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan