Ha. Nak Tau Kan Lunch Saya Hari Hari.

By Mizz Coki - Mei 20, 2011

Ada orang tanya saya,

"KO MAKAN APA AH WAKTU LUNCH? JARANG TENGOK KO KELUAR"

OK.  Untuk menjawab persoalan itu mari kita lihat gambar di bawah:

[Cara paling afdal untuk menikmati lunch ini dengan rasa penuh kekenyangan ialah makan sambil bermain Red Alert kat komputer sambil update status Facebook.  Perghhh! Multi task kau!]

Nah... dah terjawab tak persoalan itu?  Sebab-sebab makan benda alah ni aje sebab pertama, saya mesti kurangkan nasi, kurangkan berat badan, sebab gomok terlampau.  Kebaikan dia jimat belanja petrol sebelum RON 95 dinaikkan dan jimat RM jugak.  Jimat ke???  Kira jimatlah tu.  Sepinggan nasi campur koman-koman RM5-6 ringgit, air lagi, nak nak air sejuk dan manis, RM10 terbang sekali duduk makan. Tu untuk sorang.  Makan berdua ngan cik abang pulak? Kusss semangattt hahaahah meriah meja!

 
Iklan sekejap:  Apple iOS devices & komputer Mac sekarang menawarkan nombor mobile 018 dan dapat FREE Yes Life App.  Klik gambar tu untuk tawaran ini.  Oh lupa nak cakap.  TIADA ROAMING CHARGES sekiranya korang pergi oversea.  Jimat kan??



Menten senyum walaupun at the end of the day, perut berkeriokkk macam lagu Hip Hop remix Joget Lambak!!


Vote saya kalau chenta!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan