Glitterati Status - Hada Haku Kesahh????

By Mizz Coki - Mei 14, 2011

Semua dah tau.

Sapa curang dengan Nuffnang status Glitterati (Geli-Hati) ditarik balik.  Saya dah banyak kali kena sorong tarik sorong tarik tapi kali ini saya tak pandang belakang lagi doh.  Eii macam mana saya nak cakap sebab sekarang fikiran saya tak betul sebab kan, saya menulis dalam keadaan marah dan geram terhadap Nuffnang tapi saya tetap rasional OK tarik nafas dulu... hembusss perlahan-lahan.  SOrry.  Ayat panjang sangat sampai lupa taruk noktah.

1.  Saya setia dengan status Glitterati dengan harapan saya dapat B.E.  Trafik blog saya semakin hari semakin bagus tetapi pendapatan saya STATIK.  Nan Hado!  Yillekkk!!

2.  Kemudian saya cuba Churp-Churp.  Dalam masa kurang dari sebulan, pendapatan Churp Churp saya berjaya melangkaui Nuffnang.  OK.  Siapa-siapa yang belum register Churp Churp sila register DEKAT SINI.  Percayalah, lagi cepat dan rajin korang buat entri lagi cepat dapat duit tau!

3.  Saya bukak balik Advertlets yang saya tinggalkan tahun 2008 dulu.  Sudahnya status Geli-Hati saya ditarik balik TETAPI HARUS DIINGATKAN BAHAWA WAKTU SAYA MENULIS INI PENDAPATAN ADVERTLETS SAYA BERLUMBA-LUMBA DENGAN CHURP-CHURP DAN BERJAYA MELANGKAUI NUFFNANG KLEMPES ITU.

Kesimpulannya di sini... 

Hada Haku Kesah??

Padanlah ramai blogger berpaling tadah.  Saya bukan merajuk tapi Nuffnang macam jaga anak emas mereka aje.  Muka-muka yang ituuuu aje dapat benefits.  Tak boleh sebut sini nanti kena lontar batu sembunyi tangan.

Tadi bukak Nuffnang, .........................................................   tiba-tiba dapat B.E. walaupun status bukan Glitterati.  Macam mana tu?  Nampak sangat lah random nya kan?? Nak dapatkan B.E. kena ada status Glitterati, MANA??? MANA DIA???? Lepas saya berstatus BIASA pun mereka masih tetap bagi saya B.E.  Kesian kan selama ni saya dok melangut menanti.  So, bukak mata lah, ketuk dahi fikir sendiri.  

So, saya buat kesimpulan.  Nak dapatkan B.E ni macam main nombor ekor sajork.  Huh!





*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan