Es Goyang Indonesia : Popsicle Gaya Indo!!

By Mizz Coki - Mei 06, 2011

Tadi saya menemukan video nya di YouTube. Video Es Goyang. Minda saya terbuka. Kalau di Malaysia punya eskrem yang segini, waduh jadi ngiler (teringin) nontonnya!


Mula-mula air sirap apa-apa perisa kesukaan dimasukkan ke dalam bekas aiskrim ni dengan menggunakan corong.  Di bawah bekas ni diletakkan baaaaaaaaaanyak-banyak air batu (ais kering).  Kemudian penjaja es goyang ni akan goyang-goyangkan gerobak (cart) mereka.  Tak tau berapa lamalah sampai ais tu jadi keras kemudian bekas tu dicabut dan dicelup dalam air panas supaya aiskrim tu tertanggal tapi sebelum tu kena letak kayu pemegang dia dulu ya!


Naaaahhh.. ni es goyang perisa stroberi gitu.  Pinkish and delicious.


Kalau tak paham cara nak buat boleh tengok video kat atas ni.  Jangan lepas ni korang carik kereta sorong lepas tu transformasikan jadi gerobak es goyang. Haha!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan