Di Mana Anak Anda Berada Sekarang?

By Mizz Coki - Mei 18, 2011


Dah beberapa minggu ni saya perhatikan.  

Saya sampai kat rumah dah senja tengok budak-budak ni masih bermain-main dekat pokok pisang tepi jalan lorong nak masuk ke rumah saya.  Huish.  Biar betik??  Kalau dah remaja takpe jugak ni ranging dari umur  7 hingga 11 tahun.  Mana pegi mak ayah derang?  Saya pun tanyalah mana mommy, mana daddy.  Derang kata kat rumah.  Humangaihhhh.... berani nye biarkan budak-budak main dah masuk waktu Maghrib kang kena semunyik ngan hantu ketet ke, Cik Ponti pokok pisang ke sapa yang susah?  Bukan senang cari bomoh zaman sekarang.  Lain lah kalau bomoh tu ada Facebook.

Sib baik mak mertua saya pergi panggil ajak si kecik tu main kat rumah temankan Gabby.  Kadang-kadang kesian jugak nengok budak-budak ni.  Mak ayah watpe kat rumah?  Tengah projek ke?  Sangat ler busy sampai time senja masih biarkan budak-budak main kat luar.  Kerja rumah dah buat ke belum, mandi pun belum, makan pun belum.  

Ada jugak hajat di hati nak suruh hubby sound bapak budak-budak tu, yelah bukan orang lain pun.  Kawan dia sendiri tapi ish, takkanlah nak jadi penyibuk kang kena cop minah kaypo susah jugak.  Adoi...

Korang walaupun busy tapi anak-anak tu kena pentingkan keselamatan mereka jugak.  Bukan setakat makan pakai je kena sedia.  

Ish.  Nak bagitau mak pak derang ke tidak? 



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan