Dalam Sibuk Kerja Kan, Masih Mampu Buat 4 Entri Sehari! | Buang Tebiat La Ni

By Mizz Coki - Mei 23, 2011

Kerja siap?


Siap pak!


Makan siap?


Kurang pak!

Hahahaha....... Ini entri keempat hari ini.  Gila tak? Gila tak? Gila tak? Gila tak? Gila tak? 

Ye. Hari ni boss takde kat ofis.  Pagi-pagi dah pergi attend taklimat.  Tengah hari pulak bagi lecture kat budak-budak Kolej Sains Kesihatan.  OH, minit mesyuarat memerlukan sentuhan terakhir.  Klik, taip, siap. Print.  Bosan nye.  Jam macam lambat je bergerak. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan panggilan dari entah mamat mana tah.  "Hello, ini Puan Patricia ke? Saya dari Jabatan Akauntan Negara ni".  Ah sudah!  Mampus.  Sebab tadi pagi saya mengamuk sebab JANM lambat dan terlupa nak ENTER kan arrears gaji saya.  Saya dah terbayang-bayang nak guna duit tu untuk belanja Hari Gawai nanti.  Haruslah saya ptuih ptuih kan kat status FB saya pagi tadi.  Ya.  Sedikit kecewa. Dalam saya gabra jawab telefon tiba-tiba orang tu gelak!!!


"Ohhh sayang, buat lawak ye.  Takpe.  Saya tak payah masak petang nanti ye.  Buat Maggi sendiri"

Hello Encik Suami.  Lawak anda tidak menjadi OK?  Saja dia kacau sebab tau saya tertinggal BB kat rumah.  Baguslah sebab saya malas nak layan mana-mana phone calls OK?  Jiwa kacau.  Dahla bajet saya lari, dahla saya dalam mood nak beraya lagi.  Hancurrr semua plan saya tau.  Musnah.  Jabatan Akauntan Negara Sarawak sangat lembab.  Kerani akaun kat ofis saya dah berapa bulan submit borang saya.  Bongok la korang!!

Dalam susah hati kan, saya boleh lupa lunch.  Oh hepinya saya sebab hari ini makanan saya cuma 2 ketul sosej untuk breakfast, 2 keping roti Delicia Gardenia untuk lunch dan dinner awal saya tibai semangkuk Kolo Mee.  Gian OK??  Hancurlah timbangan saya besok.  Ah pedulilah!  Saya dah bosan dengan diet bodoh itu.  Yang penting saya kena kontrol porsi  (ambil dalam kuantiti kecil) pengambilan makanan saya baru berat saya dapat turun.  Kalau sekat makan tak bagus tau!  


"Oh.. Busy sangat harini.  Minum teh pun terpaksa jinjing cawan dan piring kat tepi jalan. Busy noks..." - Ledi Gagak

Sebelum balik, mentang-mentang kerja dah siap kan, saya main lah PC Games.  Apa lagi kalau bukan Red Alert, sangat old skool kankankan? Manade orang main R.A. lagi kak oi.  Orang sekarang main tunjuk tunjuk je beburung amarah Angry Birds kat iPAD.  Suka Angry Birds korang ekkkk??? Nah, kalau suka sangat ada offer baik punya ni.


We are attempting to create a GUINNESS WORLD RECORDS™ for the Most People Playing in a Mobile Phone Game Relay. Come make history, join in the fun and win fantastic prizes! All happening on 11 June 2011 at Boulevard Strip, Low Yat Plaza, KL from 11am - 9pm. The date is set, the birds are ready, the record awaits!  Sign up now at nokia.com.my/angrybirds
Jadi marilah bersama-sama meriahkan acara ini dan buat rekod dunia baru sebab Malaysia Boleh!!!!!




Undi saya kalau anda cinta!!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan