Bila Meeting Terasa Boring Kita Buat Doodles!

By Mizz Coki - Mei 26, 2011

Pernah seorang colleague berkata,

"Meeting yang paling berkesan adalah pada dua jam pertama, selepas itu fokus ahli mesyuarat akan berpaling ke lain.."

Tapi kalau kau yang amik minit, BAGAIMANA????

Pertama, kalau takde voice recorder, sila gunakan henfon dan dalam kes saya, BB saya amat berguna.  Thanks Baby Curve!


Foto sebelum mesyuarat. Haruslah posing tepi tepi meja banquet kaedahnya.

Biasanya selepas mesyuarat barulah semua orang makan, kan??  OK, selamat datang ke jabatan kami.  Sebelum meeting bermula kenalah isi perut dahulu!!  Tradisi harus dipegang ye tuan tuan.  HaHa.  Bila mesyuarat dah berbau bosan, hmmffttt.......yang ni selepas sejam pertama.  Fokus dah melayang!!


Kelas kannnnn???? Siap lukis inai lah pulak.  Sapa nak kahwin lepas ni boleh jumpa saya, boleh saya tolong lukiskan inai.  Satu set RM2.50 saja sebab saya tidak terlatih.  Nak motif apa? Pucuk Paku?  Pucuk Rebung?  Pucuk Ubi atau Pucuk Manis??


Tak cukup muka surat pertama, yang lain pun kena jugak tempiasnya.

Bersyukur sungguh hari ini sebab second boss yang jadi Chairperson.  Kalau boss yang duduk tadi habislah, khutbah dia panjang berjela!!  Oh ya, menu hari ini kita ada;

  • Mee Hoon Goreng Cina
  • Kuih Jala --- inti dia, perghhhhh!!
  • Kuih Seri Muka
  • Buah tembikai potong
  • Teh/Kopi/Milo Bersusu

Alaaaaaaahai.  Mee Hoon tu sedap, bolehla tahan tapi saya amik sikit aje.  Pastu amik tembikai banyak banyak gila sampai second boss dok sebelah pun jadi segan terus feeling2 nak berdiet.  Petang tadi balik kerja, tiba-tiba Encik Suami telah berbaik hati hendak menghancurkan diet belanja saya makan!  Apa mimpi??  Haha.  Dia tau saya rindu nak makan Kolo Mee so dia pun order lah.  Tak cukup dengan tu dia order;


Kuih Cakoi!!!  Ini Cakoi spesial ya.  Tak macam Cakoi biasa.  Derang letak filling mayonis kemudian digoreng.  Adoimak sedap tak hengat!!!  Habislah diet saya hari ini.  Konon nak exercise tapi saya kena pasang balik jarum mesin jahit yang patah hari tu.  Tak patah tak menjahit namanya kan? Haha.  

OK.  Rasa-rasanya saya nak tambah lah cuti, maksud saya nak amik hari Jumaat sebab banyak kerja belum beres.  Syukur sebab kerja kat ofis on track.  Jadi saya kena jadi kartun hari ini, kejar mengejar dateline!  

Sekurang-kurangnya ada kalori terbakar di ofis hari ini.

keh keh keh....  







Undilah Mizz Coki!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan