Aku Menulis Apa Adanya....

By Mizz Coki - Mei 25, 2011

Bukan sebab nama.

Bukan sebab duit.

Tipu.

Sapa tak nak duit yang oi. At least balik jugak kan modal guna laptop + elektrik tiap-tiap malam ye dak??

Terdetik jari jari saya yang maha kontot ini untuk menulis selepas membaca entri dari Bro Wacana. (Ni saya promo entri awak ni kena bagi saya gula-gula tau.  Bukan gula-gula KPop taik kucen tu!).  Petang tadi pun adik ipar saya ada beri komen yang membangun membina.  Katanya, entri saya sekarang kurang.  Cerita kurang ke idea kurang dik?


Saya akui, dalam blog bahasa Inggeris saya, saya memang enjoy gila.  Banyak entri best-best dan saya rasa hidup saya sungguh happening.  Kenapa? Sekarang pening ke?  Sebenarnya saya sangatlah jarang jarang nak keluar dan happy happy macam dulu sebab saya komited dengan aktiviti lain di luar lepas tu kan balik rumah saya lebih senang layan laptop.  Bercuti pun jarang kecuali Julai nanti lah.  Kalau setakat cuti dok rumah tu, hmmmm... oklah kut.  A'ah saya mengaku memang bosan kan.  Tapi tujuan saya menukar bahasa kerana saya ada ramai pembaca dari Malaysia, dan sekarang dah bertambah dari Indonesia pula (thanks unique visitors!) yang lepak dan ramai komen dalam BM.  Macam awkward giler bila blog kita English tiba-tiba komen 99% dalam BM, haha!  Saya rasa lebih expressive bila buat entri dalam BM.  Anak saya yang kecik tu pun pandai dah mengomen, she prefers my blog in English, please....?

Salah satu faktor penyebab (wahhh bahasa SPM ni..) saya macam beku sikit otak saya sebab mungkin saya hari-hari taip minit.  Perlu diingatkan yang saya setiap minggu kena amik minit mesyuarat jadi kadang-kadang minit mesyuarat saya dah macam bahasa blog pulak kah kah kah. Tapi heran jugak, walaupun seciput aje tukang komen kat blog saya tapi kantoi!  Ramai yang jadi silent readers.  Thanks love!  Saya tak secomel Cik Epal, tak sekiut Yuyu Zulaikha mahupun seCun Hanis Zalikha tapi saya adalah Mizz Coki yang suka ketawa berdekah-dekah dan sambil menaip harus terselit HAHA dan KAH KAH KAH.  Entri saya adalah suara saya.  Macam tu saya merapu in the real life, macam tu saya merojakkan bahasa, macam tulah entri blog saya.  

Jadi harapan saya, sangat besar tau.  Korang sokonglah Mizz Coki dengan membaca sepenuh hati kerana yang tertulis di sini datangnya dari hati.   

Dah tu kalau suka apa lagi, korang klik ajelah link kat bawah untuk mengundi Mizz Coki ya?

Thank you yam leaf to you all! HAHAHA!!

 |
 |
 |
V

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan