Telur Ayam Palsu Dah Mai kat Georgetown, Wahai Orang-Orang Penang dan Negeri-Negeri Lain, Berhati-hatilah!!

By Mizz Coki - April 08, 2011

Mai sini ramai ramai, Mizz Coki nak habaq sat noo... Teloq pelesu dah mai dah weh!


Ni cheghita Mizz Coki dapat dari emel.  Ada sorang suri rumah beli teloq satu tray kat Pulau Tikus.  Bila dia dah tau telur-telur tu semua palsu dia terus bawak telur tu pergi ke pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Dia sedar keanehan telo-telo itu waktu nak memasaknya.

Katanya, telo telo tu tak berbau macam telo ayam biasa dan tawar.  Rupa bentuk telo telo itu pun ada sedikit aneh dan lebih besaq dari teloq ayam biasa.  Haha.. telor..telor...

Permukaan teloq tipu lebih kasaq berbanding dengan yang asli.  Yang pasti, telur putih dan kuning pelesu tu senang bercampur tak macam yang asli.

Selepas direbus, telur pelesu tadi nampak lebih kekuningan berbanding telur normal.  
Masalah telur pelesu ni, kalau kita tak was-was, senang tertipu sebab rupa dia memang sebijik sejibun telur asli.




Yang lucunya, telur asli lagi murah, satu tray RM10.50.  Telur pelesu tu RM11.00 satu tray.  Terbalik pulak!

Jadi, hati-hatilah ye, macam Mizz Coki takpe mahal kalau ada duit belilah yang buatan Malaysia yang ada Omega tu.  Adoi seriau jugak bila mengenangkan bahan kimia macam paraffin wax yang depa dok guna buat teloq pelesu tu.

Sabaq jelah..

OK.  Kat blog KASIHMOMMY ada ditunjukkan cara-cara membezakan telur ori dan pelesu.  Ibu-Ibu dan isteri-isteri, korang janganlah pergi cari 'telur' lain, haahaha... kang histeria lak laki korang, Mizz Coki tak tanggung! Haha.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan