Teh Koemis Koetjing. Apa?? Teh MISAI KUCING la Bai......

By Mizz Coki - April 10, 2011

Haha. Ni nak tunjuk minuman ruji sejak seminggu yang lalu.  Tiba-tiba ko nak bermisai kucing kenapa??  OK.  Ceritanya begini.  Kan hubby masuk hospital sebab hypertension aritu jadi ada yang menyarankan untuk mengamalkan minum Teh Misai Kucing.  Wah, kat belakang rumah kiterang memang ada tanam Misai Kucing dalam pasu, tinggal petik, jemur dan bancuh.  Tapi memandangkan semua ahli rumah kami berlagak diva, maka dengan itu kami telah memilih untuk membeli saja yang sudah dalam paket tu.  Murah je nok.


Nampak?  Satu tumbler ni kena habis dalam satu hari.  Air teh dia memang tak sedap tapi dah terlanjur beli kan, takde masalah buat Mizz Coki untuk habiskan air teh ni.  Kebaikan kalau mengamalkan teh misai kucing ni selain daripada menurunkan darah tinggi, menurunkan kadar gula yang tinggi dalam darah, mencuci buah pinggang sekaligus bagus untuk orang yang ada masalah batu karang, menurunkan urik asid sebab Mizz Coki punya sangat tinggi dan kebarangkalian untuk dapat gout tu memang ada.  OK, Selain daripada itu ianya boleh menurunkan kadar kolesterol jadi kita dapat mengelakkan dari terkena kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, gout, batu karang, apa lagi ya? Pendek kata teh misai kucing ni sangat bagus kalau diamalkan.

Hari pertama Mizz Coki bantai dekat dua liter air teh misai kucing ni, pada malam tu memang dia kerjakan Mizz Coki habis-habisan.  Mizz Coki buang air besar sampai pukul 1 pagi tanpa henti.  Lepas tu air kencing jadi jernih dan kurang berbau.  Satu kemajuan lah buat Mizz Coki.


Gambar ni takde kena mengena.  Saja nak tunjuk yang Cik White Berry dah dapat baju baru warna pink!  Tak terasa dah 8 bulan Mizz Coki pakai Blackberry Curve 8520 ni.  Sengaja pilih warna putih sebab suka jadi daya tarikan, semua orang pakai BB hitam so tak salah kalau nak lain dari yang lain.  Siap kena jeling Miss White Berry ni kalau dia keluar dari beg tangan.  Cuma yang Mizz Coki tak berapa berkenan ialah sebab kamera dia cuma 2 megapixel so most of the time, terpaksa gak Mizz Coki guna henpon lama Mizz Coki iaitu Sony Ericsson sebab ada 5 megapixel camera, gambar sangat jelas dan cantik.  Henpon murah je dik, eehehhee...

OK.  Nak tidur dulu, besok nak kerja dah.  So jangan lupa ye mari kita beramai-ramai minum teh misai kucing!

Koemis Koetjing adalah sebutan Jawa untuk Kumis Kucing.  Ejaan adalah dipengaruhi ejaan Belanda zaman doeloe (dulu).  Jadi lenkali Hetty Koes Endang itu bukan Kos tapi Hetty Kus Endang ok?  Sama jugak Melly Goeslow, bukan Melly 'Goslow' tapi sebutannya adalah Guslo.  Sekedar berbagi informasi donk say... (sayang)

*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan