Kisah Hanjing. A Dog's Story. Bukan Hachiko yang sedih-sedih tu OK?

By Mizz Coki - April 07, 2011

Hahaha!

Nampak gambar ni kat blog budak nama JacShazzy.  Mula-mula bila baca tajuk memang nak gelak, bila dah tengok gambar anjing tu kesian pulak, lawak pun ada jugak.  Perhatikan betul betul.  Di leher dia tergantung selipar jepun.  Kenapa?? Ko tanya kenapa??

Cian, kena hukuman Jepun sebab suka gigit selipar orang.  Anjing umur begini memang suka curi selipar dan kasut kendian gigit sampai hancur.  Mizz Coki selalu kena dulu dulu tau.


Ini Bum Bum (sebutan:  Bambam).  

Anjing ni milik jiran kami tapi selalu lepak kat rumah kita orang.  Adoiiimak.  Manja dia dengan keluarga kami mengalahkan dengan tuan sendiri.  Kadang-kadang suka panjat pagar sebab badan dia tinggi dan panjang.  Nakal dia ni suka kejar posmen dan abang Majlis Bandaraya yang angkut sampah tu.  Dia paling benci dengan lori sampah.  Mesti kena kejar punya.  Dia suka tengok TV, cerita CSI.  Agaknya sebab dia tau peranan dia menjaga rumah jadi sedikit sebanyak dia nak belajar macam mana polis dan forensik buat kerja.

Hawau ko Bum Bum!

Hahahahha!!





*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan