Jom Main Game Choco Boom!

By Mizz Coki - April 05, 2011

Miahahhahahaha!!

Lama dah tak main online games kat Facebook.  Asyik-asyik Farmville, CSI, eeeii musan maaahh.

OK.  Mizz Coki suka makan cokelat, tapi bukan tahap suka sampai kalau tak pekena Cokelat sehari terus menggigil macam ketagih daun ketum. Haha.  OK.  Cadbury ada buat satu game ni korang try lah main.  Nama game ni ialah CHOCO BOOM!!  Mizz Coki rasa nak hempas hempas laptop yang putih suci ini tapi tak sampai hati sebab macam budak terencat je bila rasa nak emo dengan laptop.

Game ni mudah saja, yang perlu cuma kesabaran.  Gelojoh macam Mizz Coki ...hmmm?? No komen. :p


Haha, korang tanak ke grand prize gempak gila pergi melancong ke Ostolia tu?


Haaa, hadiah tu bukan untuk pulun sorang sorang dengan syok sendiri OK?  Mesti kena cari tiga orang lagi rakan untuk dibawa bersama sekiranya tuah menyebelahi kaki ayam anda.  ??? Tuah Ayam kan nampak kat kaki kankankan??


Selamat berjuang di medan perang.  Korang kena defend longgokan cokelat Cadbury depan tu, nampak tak?  Ada zombie Kampung Pisang pakai baju biru hendak merampas cokelat milikmu jadi kau haruslah menggunakan huruf kat keyboard seperti yang kat panduan belah atas kanan tu.  Tumbuk terajang sepak tampar, terserah OK? Janji menang. 

So, kalau tak sabar nak menyepak nyepak zombie zombie tu silakan KLIK KAT SINI untuk mulakan permainan!

Selamat berjaya menyepak zombie Kampung Pisang. Haha....



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan