Bila Suami Masuk Wad - Bahagian 3

By Mizz Coki - April 08, 2011

Sambungan lagi ye adik adik,

Eleleeee... buat buat muka pulak dia.  Kui kui kui... bagus, 

Entri kali ini pulak Mizz Coki sebenarnya nak tegur tentang kebersihan tandas bukan tandas awam tapi untuk kegunaan pesakit kat wad ni.  Adoimak.  Malu pun ada.  Sebagai kakitangan Jabatan Kesihatan kita seolah-olah memberi first impression yang burok gila pada orang ramai.


Ni tau tak apekebende nih?  Ni lah ketur, tempat beyak tu, orang Sarawak panggil 'tampoi' ni tampoi tin hoccay?  Motif derang biarkan terdampar di atas lantai?  Tak reti ke Support Service nak ambik dan letak elok elok?


Ni, dulu ex-boss Mizz Coki tak suka kalau hose paip terlantar atas lantai lebih lebih lagi kalau basah.  Pak Engku memang benci gila.  Pengotor katanya.  Nampak tak kertas tisu yang dibuang dekat lubang air tu?  Adoi....
Kita nak marah pun tak boleh jugak sebab rata-rata yang dok kat wad tu orang kampung, orang susah, kalo orang kaya dah pergi KPJ, Normah, Timberland....  Tak reti flush lepas buang air pun ada jugak.  Yang ni Mizz Coki dah flush sebab bau hancing adoiii kalah hancing kuda.

Misi misi semua sporting gila sebab izinkan Mizz Coki kongsi sekatil dengan hubby.  Weiitt.. takdelah adegan peluk peluk atas tu, hawauuu!

Mizz Coki sebenarnya ikutkan scale gaji, memang layak untuk Wad Kelas Satu tapi cik abang ni yang suka dok wad biasa.  Sunyi katanya.  Sunyi apa yang Mizz Coki siang malam di sisi dia membebel pot pet pot pet kankankan?  2 hari terakhir kat wad baru dia dipindahkan ke Kelas Dua itupun sebab Mizz Coki bagi alasan, darah dia melonjak tinggi sebab dok kat wad yang panas tu.  Kat tempat baru ada aircond; barulah dia beransur sihat dan tak stress lagi sebab tekanan darah dah mula stabil.

Lenkali kalo masuk wad Mizz Coki tak kisah, cik abang kena dok Kelas Satu jugak.  Sayang, kemudahan tak digunakan sepenuhnya.  Korang setuju kan????



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan