Apa Kata Kita Bako, Kita Bako Aje Air Tin Kat Kantin Sekolah, Siapa Setuju Sila Angkat Tangan Macam Awok!

By Mizz Coki - April 18, 2011

Abaikan tajuk di atas. Saja letak camtu sebab demam Usop Wilcha tak habis lagi.

Kantin sekolah dilarang jual minuman berkarbonat, rekod berat badan setiap bulan berlebihan
SUBANG JAYA: Semua minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan kini dilarang dijual di kantin sekolah dalam usaha kerajaan mencegah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.  Baca selanjutnya..

Bagus, syabas.  Tak dinafikan memang sekarang ni ramai anak-anak yang gempal-gempal macam Gabby Gendut ku itu.  Kalau dikira BMI dia memang dah obes dah tapi yang buat tak nampak sebab tinggi dia sekarang dah 152cm tak lama lagi sama tinggi ngan haku.  Kalau air tin ni Gabby memang tak beli kat sekolah sebab dia nak berjimat kononnya.  Dia ni senang nak uruskan.  Dia hari-hari bawak air putih, air kosong tu ke sekolah.  Kalau Milo & Ribena tu memang dia tak pandang pun.  Milo & Ribena tu hanya minuman kat rumah bagi dia.  Lagipun kat sekolah ada water filter tu jadi bila botol dia kosong, dia turun je kat bawah untuk refill air tu.  Belanja dia setiap hari dia memang tak beli makanan lain.  RM2 untuk Nasi Ayam dan RM2 lagi untuk beli ayam goreng.  Dengar tu?  Nasi ayam + AyGor (ayam goreng).  Mana tak sihat ko wahai anakku.  Dahler dia ni bermasalah betul bila part makan sayur.  Macam mana nak tipu dak Gabby ni arr?  Lauk dia cuma ayam, telur, ayam, telur.  Kalau macam ni rupa gaya nya, kena catu sikit nasik budak ni.  Tu kalau haku dok umah.  Kalau haku keje, atok dan nenek dia mesti cakap, kesian kat cucu makan sikit.  Dia apa lagilah, terus tambah nasik sampai tak hengaattt!


OK.  Mulai ari ni Mama kena kontrol Cik Gabby punya makan.  Kang tak laku pulak anak dara haku, jenuh nak mencarik menantu besok-besok.  Haha!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan