Pada Satu Hari, Ada Nangka Busuk Jatuh Kat Ofis

By Mizz Coki - Mac 03, 2011

Tengok gambar dah tau apa jadi.



Kerusi ni dah uzur, milik bekas Setiausaha dulu.
Dah 'kriuk kriuk' bunyi dia.  
Sebab rasa bertanggungjawab, I suruh lah tukang datang pasang balik skru, tapi tak sedar, tempat punggung tu dah berbentuk 'U'.
Mula-mula sedap lah duduk, tiba tiba, "Pang!"  Satu skru tanggal.
Masih gak gatal nak tenyeh punggung duduk situ.
Sejam kemudian, "Pang!" Skru kedua tertanggal.  Masih gagah lagi perasan cantik dok situ.

Ada doktor keluar dari bilik boss nak ucapkan terima kasih pada I, senyum balik kat dia.  Tiba-tiba ....

"Opocot ko Mak Coki jatuh terbongkang, terduduk, ayam kampung, zirafah, Zaiton Sameon, opocot ko jatoh!"

Amik ko.  Terkodek kodek nak bangun nasib baik ada meja tempat berpaut.
"Are you OK, can you get up?" tanya doktor itu.
"Yeah, I'm good. I'm OK, I can get up" - time ni malu giler nyah!
"What is that???!!" .. Tiba tiba big boss keluar dari pintu.
"T&C failed boss, hahahaahaha" saja I buat lawak.  Takde orang gelak pun.  Bimbang pun ada kat wajah mereka.
"Never mind, ask the carpenter to put a bar underneath the seat, need to do some welding since the seat is too old already, see the curve?"  Saran boss.

Ko memang baik boss.  Sungguh profesional.

Tapi....

Mak maleewwww!  Mak maleewww!!!

(Iye.. iye.. I tau I gemok, so shut up, bwekkk!)




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan