Mizz Coki Boleh Berdikari Sebenarnya Tetapi........

By Mizz Coki - Mac 12, 2011

Sesapa yang follow blog lama kita dalam bahasa Inggeris mesti dah tau pasal ni.  Mizz Coki paling tak suka privasi Mizz Coki dicerobohi.  Benda-benda remeh seperti curi-curi menggunakan perfume dan syampu tanpa kebenaran, pakai hair dryer lebih dari tuan punya badan sampai rosak hair dryer tu pastu buat tak tahu. Lepas tu asal ada je katalog seperti Cosway, Avon atau Amway sampai di rumah, yang dialamatkan untuk Mizz Coki mesti dah kena buka dan orang lain rembat terlebih dahulu.

Nasib dik non, kahwin dengan anak tunggal.  Anak tunggal ni beza dengan Mizz Coki, anak sulung.  Anak sulung sangat berdikari, jaga adik-adik dan paling penting tak suka dikongkong.  OK biar kita berterus-terang, kita duduk dengan mertua.  Korang mesti kata untunglah dok rumah free, tak payah susah-susah fikir nak beli rumah bagai kan.  Yeeee, saya setuju kok.  Tapi donk sayang, kadang-kadang ada rasa terkilan jugak bila orang cerita kiri kanan itu dan ini tentang beli rumah especially Mizz Coki yang kerja dengan gomen rugi kalau tak menggunakan kemudahan ini.  

Iyelah orang teringin jugak nak ajak kawan-kawan datang lepak hujung minggu, minum kopi sambil borak-borak macam orang lain tu tapi sorry ye.  Pernah Tahun Baru 2008, hmmm... kita guna 'orang tua' di sini OK?  Orang tua yang tidak berkenaan melebihi organizer party sampai pukul 4 pagi boleh join budak-budak muda mabuk????  Mizz Coki selalu pergi rumah member lain, bila dah cheers for New Year, orang tua semua masuk tidur, biarkan budak-budak muda macam kami dengan hal kami sendiri.  

Bukan apa,teringin sangat dengar kawan-kawan kat ofis yang berumah sendiri.   Bil elektrik dan air belasan ringgit je dik non.  Iyelah sebab laki bini kerja, malam baru balik rumah.  Jimatlah bil.  Ni, air kiterang RM50++, bil elektrik tak sah kalau tak cecah RM200.  Surat-surat rasmi, seperti agreement ke apa semua jangan harap boleh letak sembarangan atas meja kat bilik tidur.  Memang habis kena godek.  Mizz Coki ingat pesan mendiang ayah dulu, bilik tidur orang yang berkahwin hendaklah dihormati, jangan sesuka hati nak masuk tanpa sebab semua rahsia rumahtangga disimpan kat situ.  

.... Tadi puas hati kita membebel sorang diri depan TV.  TV1 siarkan berita pasal skim RUMAH PERTAMAKU.   Apa lagi, hari ini angin ada tak betul sikit, Mizz Coki membebel sambil tepuk tangan cakap; "Bagusss, limit kerajaan untuk umur 35 tahun, tahun ni aku 33 tahun ada can lah untuk 2 tahun lagi.  Wahhhhhh takde faedah?? Wowww.. rugilah kalo orang gomen tak beli rumah"  ... saja je cakap macam tu nak sakitkan hati orang tua tu.  Sepatah haram orang tua tu tak menjawab,ahahaa... fedap lah tu.

Anyway,  seperti biasa, inilah syurga Mizz Coki, bilik tidur yang dah padat dengan meja sambil buat kerja menjahit felt.  Berteman YouTube dah hampir semua filem Indonesia/Hindi/Melayu Mizz Coki tengok sambil buat kerja.  Duduk kat dapur, ruang tamu buat kita sesak nafas tapi masuk je bilik kecik ni rasa luas.  

Mesti ada komen-komen lepas ni suruh pindah keluarlah beli rumahlah... tapi bila difikirkan balik, dah banyak sangat komitmen untuk rumah ni.  Budget dah lari jauh......

Bilalah nasib nak berubah...........nak mintak dok quarters, Mizz Coki orang Kuching.  

Sabar jela kau.... 

OK, nak mandi dulu!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan