Kuih untuk Sarapan Pagi (Kalau terlepas Kolo Mee, Hahaha!!)

By Mizz Coki - Mac 07, 2011

Apa punya tajuk entri daaaaaaaa..

Kadang-kadang Ah Seng tutup stall tanpa sebab.  Sedih.  Kecewa.

Tetaplah tak boleh hidup tanpa sarapan jadi hubby singgah kat satu kopitiam kat Batu 7 beli kuih-muih. Sebenarnya kita suka Nasi Lemak dia sebab orang Melayu yang buat.  Sambal banyak gila dahla pedas, bungkus ngan suratkhabar dan daun pisang.  Perggghhhh!  Tapi hari tu macam takde lah pulak. Kecewa lagi.



Ada Bak Chang (dalam dia ada inti daging, cendawan kering hitam tu, kacang tanah tumbuk dibalut oleh nasi pulut dan dibungkus dengan daun buluh), Radish Cake (Kuih lobak) dan satu ni sumpah den taktau nama dia tapi inti dia sedap.  Nasi pulut, udang kering, cendawan kering hitam tu, bawang goreng dibaluti tepung pulut.  Tinggi sungguh karbohidrat kan kan kan?

Jangan tertipu.  Kuih kuih yang banyak tu sebenarnya boleh dibahagi kepada dua bahagian makan.

Satu untuk breakkie satu untuk lunch.

Jimat kos katanya.


Motif gambar pegang straw? Saja nak tunjuk kita minum air sedap.  Apa yang sedap?  Lemon Coke!!!  Hahahaha...

Nyampah kan???




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

9 ulasan