Eeii.. Kelemomo Kita, Menakutkan!

By Mizz Coki - Mac 09, 2011

Ejaan kelemumur jadik 'kelemomo' supaya kurang kejam dan tampil cute di khalayak ramai. +_+  Dah lama dah ada kelemomo ni sejak beranak dulu agaknya sebab hormon kut.

Kita sekarang guna syampu HIMALAYA dan SELSUN selang-seli.  Lepas tu rambut kena cuci selang sehari macam Isnin, Rabu, Jumaat, Ahad.  Bila rambut dah kering, kulit kepala mengelupas tu yang jadi berkeping-keping, flaky macam serdak roti kering!

Paling malu bila kita sikat, kelemomo gugur kat kot hitam kita.  Ewww!
Sebut je apa jenis syampu yang kat TV, luar TV, Rejoice, Dove, Sunsilk, Clear, Head & Shoulder... semua tak jalan.  Hik hik...

Gambar hiasan

Kulit kepala kita pun selalu kering macam ni.  Seronok semacam bila cuba mengopeknya dari kepala. Selalunya kita akan berus rambut dengan sekerap mungkin supaya keping-kepingan itu jatuh dari kepala dan tak terasa gatal sangat.


Kadang-kadang tu rasa segan pulak dengan member kat ofis.  Yelah, orang kulit kepala sihat, kita pulak macam alien, hahaha.... Kat tepi-tepi dekat telinga pun dah ada tanda kemerah-merahan macam jerawat.  Tengoklah bulan ni kalau masih macam tu jugak kena bawa pergi jumpa Pakar Kulit lah jawabnya.

Korang ada tak problem yang sama?  Ada petua tak? 

Kongsi-kongsilah ngan kita....




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan