Dinner Ulangtahun Perkahwinan Kami ke 11

By Mizz Coki - Mac 17, 2011

Holaaa!!

Terjumpa foto-foto yang sudah diEdit dalam folder Pictures. Lupa nak share kat blog so kali ini Mizz Coki akan buat entri tentang ulangtahun perkahwinan kami yang ke 11!!

Kami berkahwin sebenarnya pada 29 Februari (tahun lompat, bukan lompat katak tapi lompat gajah, muaakkaak!).  Oleh kerana 28 Februari 2011 jatuh pada hari Isnin, maka kami berdua pun decided to go to BOMBASTIC CAFE di Jalan Padungan untuk meraikan kesebelasan tahun kami dah jadi suami isteri.

Cafe ni lama dah dibuka, kami masih ingat masa mula-mula kami ke sini 5 tahun yang lalu sebab gelas jus dia sangat besar!  1 liter lebih kut isi dia.

Macam biasa, Mizz Coki sangat suka steak.  So, ni dia Black Pepper Beef Steak.  Tak tau lah tapi agaknya dia taruk Black Pepper banyak sangat sampai after taste dia pahit sikit.  Biasa-biasa je.  Sayur kobis diparut pastu campur dengan frozen veggies yang 3 in 1 tu -> karot, peas dan jagung tu.  Pastu ada kentang goreng.  Oklah tu.


Minuman Nyung Nyung haruslah jus gerganz ni.  Sedap!!  Tengoklah sendiri, macam 1 jug kan??


Untuk Cik Mek Molek macam ai ahahahahahah.. (molek apa? tak bersopan santun langsung..hahahaha) penggila kopi haruslah minum Cappucino Freeze.  Ada blended ice menggunung pastu siap cucuk payung cinonet.


Nyung Nyung tak sempat pulak amik gambar tapi nak habaq lah yang dia order Chicken Chop in Mushroom Sauce.  Tak tahan pedas katanya.. *blekk*

Ok, korang yang tatau mana tempat ni, Mizz Coki bagi alamat dia kat bawah;

Bangunan Teck Guan, 224, 

Jalan Padungan, 
 93100 Kuching, Sarawak

Tak paham lagi?? Nak peta??  Meh kita tepek sini..


Klik peta Google kat atas mana tau tak berapa jelas kan?  Yang bertanda A itulah cafenya.  Selamat menjelajah port Jalan Jalan Cari Makan!


    ♥ Mizz Coki     ♥
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

5 ulasan