Mata Tak Mengantuk, Jari Masih Mengetuk

By Mizz Coki - Februari 24, 2011

Baru balik dari rumah mak.  Saja nak terjah, nak tengok ada tak budak nakal terlepas malam ni. Huhu.

Malas punya pasal nak masak, kita siap belikan ayam panggang madu feewiit! Untuk lauk makan malam.  Lapar lah beb.  Maklumlah kat ofis makan roti kering jerk taw.  Haha.

Balik rumah, mandi, cuci spender spentot (Perlu Ke Citer kat sini?? Hawauu!!), gantung spentot (spender lagi!) dan terus sambung jahit felt yang terbengkalai malam tadi.  Mata dah segar u.  So jadilah pendrive case ELMO!!


Haaa.. edit gambar, letak Agfa tone jadikla gambar klasik.  Comel tak? Comel tak???  

Lepas jahit felt, terus upload gambar dan sambung main game RED ALERT.  Sapa tatau game ni pegi lah Google.  Game lama ni, dari zaman monitor PC sebesar peti sejuk hotel tu sampailah skrin leper game ni memang I tak pernah bosan sebab nilah salah satu cara I release tension.  Anggaplah semua masalah, beban kerja, perasaan geram kat orang kat musuh dalam game tu dan bertempurlah kau sepuas puasnya.

Jangan bimbang kalau CD takde di pasaran, I download je guna Bitcomet kui kui kui!  Game perang perang ni memang I suka.  Takde sesuainya jiwa ini nak main game Barbie ke Sesame Street ke, Mario Brothers ke, takpun Pac Man.  Wow.. old skool nya!.


OK.  Nak sambung pertempuran lagi ni.  Banyak bom nuklear nak digugurkan.  Jiwa ganas ni.

Adios amigos!




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan