KFC

KFC Fish Donut Terbaek!

By Mizz Coki - Februari 08, 2011

Last weekend tak tau nak buat apa tiba-tiba si Nyung Nyung @ habi @ hubby ngidam nak makan epal China Fuji yang besar dan manis itu.  OK. Asal je barangan import kiterang memang suka pergi ke Choice Premier 101 kat Jalan Song tu.  I memang suka pergi tempat tu sebab semua produk dia fresh segar bugar dan kekar, haha.  

Nak buat pizza, salad, sushi, cappati, pratha semua ada kat situ.  I apa lagi mengambil kesempatan tangkap 5 cawan Mi Segera Mamee Kari Berapi untuk dibuat stok kat pejabat.  Peruntukan of course lah hubby yang keluarkan haruslah kita tapau apa-apa saja yang menyelerakan.  Tapi TETAP lah dia yang over the top, bukan stakat epal Fuji sampai 10 biji, epal Australia yang tak sedap di tekak I tu pun dia rembat!!  Ish ish ish. kalah pompuan bunting kalau dia dah tahap mengidam ni.

Dalam perjalanan balik, singgahlah kat KFC yang terletak di sebelah blok tu je.  Tapau satu bucket ayam goreng untuk dibawa pulang ke rumah.  Sambil tunggu ayam digoreng dan ditapau, sempat lagi kiterang try donut ikan yang iklan dalam TV tu budak laki tu siap teropong mak ayah dia dah rupa ikan buntal, hahaha!

Nampak tak betapa comelnya donut ituh??
Set ini datang dengan ayam sekali, ooiii haruslah orang pilih Hot & Spicy kalau boleh cincang cili padi pastu tabur tabur macam bunga rampai kat atas pinggan ni pergghhhhh!!!!  OH yeah, harus ada tartar sauce yang masam untuk cicah ikan tu.  Sedap!  Seolah-olah makan fish and chips kaedahnya.  Tapi kan, donut tu cinonet je, kenapa KFC tak buat besar gedabak??? Hehehe.

Korang dah try? Kalau belum, pergilah kat KFC terdekat.  I jarang la nak lepak KFC tapi anak dan hubby suka KFC, omaknyo ni suko Mekdi ajo.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

5 ulasan