MHI

Kalau Gatal Pun Agak-Agak La Sikit Dik Oi. Malu.

By Mizz Coki - Februari 11, 2011

Baru je lepas breakfast dan basuh pinggan. Takde speselnya bfast pagi ni cuma Mi Segera Indomie dengan telo goreng mata kebo.  Lepas tu haruslah depan TV melangut tengok MHI (Malaysia Hari Ini).  Pagi ni bersiaran langsung dari UKM kalau tak salah.  Motif ada kat rumah harini noks?  OK.  I tak keje harini, cuti darurat jaga budak.

Eh, ada SAFEE SALI!  Hero muda bola sepak negara siap naik big bike lagik.  Kita beralih kepada peminat yang nak bergambar dengan beliau sambil tu tanya soalan cepu emas.  "Apa perancangan abang Safee dalam masa lima tahun dan bilakah abang AKAN MENGAKHIRI ZAMAN BUJANG?????" -- Time ni pulak ngam-ngam kamera zoom kat abang-abang askar ke hapa yang pakai T-shirt sedondon macam nak lumba perahu naga tuh.  Sorang tu dah gelak berdekah-dekah sambil sembamkan muka kat belakang member dia.  I pun ikut gelak sama.  Dengan selambanya Safee menjawab, "Saya dah mendirikan rumahtangga, anak saya dua orang" lebih kurang macam tulah jawapan jujur dan ikhlas.

ADOI.  Nak menggatal pun agak-agaklah dik non.  Nasib baik budak pompuan tu blah cepat-cepat.  Haha. Malu mak maluuu!!!  Ko hengat ko nak verangan jadi Elia si Jejari Runcing keewww??? Nak gatal pun berilmiah lah sikit, Google dulu kat internet tentang status Safee.  Nampak serkap jarang la sesangat.  Pantang tengok hot guy terus tanya soalan macam tu.  Satu Malaysia dah tau Safee tu dah kahwen Hahahahhaa.... 

Yess!  I dah kawen OK, yess!!

By the way, isteri Safee sama negeri ngan I, sama kampung ngan mak I lagi.. Orang Lundu OK?  Whoaaa.. sapa orang Lundu sini sila angkat tangan anda!!





*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan