I Tidur Purata 4 Jam Sehari Saja!????

By Mizz Coki - Februari 27, 2011

Tajuk entri saspeng.  Haha.

Betul adik adik semua.  I tidur tak pernah cecah 8 jam I tatau kenapa.  Kalau hari biasa, hari bekerja tu lepas tengah malam barulah I mengantuk.  Pukul 5:30 a.m. mesti dah terbangun.  Pernah jugak I cuba untuk tidur awal macam orang lain dalam pukul 9 - 10 malam macam tu.  4-5 jam kemudian gerenti terbangun.  Lepas tu pergi toilet lah dan duduk kat kerusi depan laptop dengan mata terkebil-kebil.  Depends lah, kalau time tu baru pukul 3 pagi, I bukak Facebook kejap lepas tu baru paksa diri tidur.  Kalau terbangun pukul 4 pagi pulak, memang I tak sambung tidur lagi sebab takut tersasar.

Sempat jahit menda alah ni sebab mata takleh tido.

Mata I macam dah kena program dah.  Dah cuba untuk 'reprogram' balik tapi macam tak jalan je.

Oh ya, satu lagi penyebab ialah sebab PERUT I SELALU LAPAR time tu.  Asal perut berkeriuk aje mesti terbangun.  

HAHAHAHA!!!

 OK.  Sekarang ni dah pukul 7:02 a.m.  Nak mandi pastu pergi keluar cari makanan.

"Ah Seng!!  Kolok Mee Lurus Merah satuuu, Kopi O Peng satu!!!!!!!"

Yummy.




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan