Hidup Rasa Tak Lengkap Kalau Tak Update Blog

By Mizz Coki - Februari 13, 2011

Sejak tak kerja hari Jumaat lepas, memang takde masa nak lekat kat blog. Sibuk nak siapkan kerja-kerja menjahit felt, sekarang ni tengah buat purse warna purple.  Mabeles.  Cantek.  Nanti dah siap boleh pergi kat blog kraf felt Mizz Coki ye?  

Esok Hari Valentine.  Orang kata hari untuk kekasih tapi bagi I, hari menghargai kekasih dan hubungan cinta yang termeterai antara dua hati.  Macam-macam fatwa pasal V-Day ni.  Ada kata haram, tapi tetap gak ON.  Terpulang kepada kepercayaan masing-masinglah.  Tahun ni, tahun ke 11 Mizz Coki merayakan bersama habi tercinta.  

DAH LAMA KAHWIN TAPI MESTI KE SAMBUT V-DAY NI??
-  Everyday is V-Day kata setengah orang.  For me, V-Day ni mencabar.  Kena baik hati, sweet and romentik jangan tengking tengking laki kalo takde mood.  Setiap hari adalah V-Day?  Cuba setiap hari, beli bunga dan cokelat, pergi dinner special, cubalah buat setiap hari, ada dapat?  ada mampu??  Hari ni sajalah satu-satunya hari yang kalau boleh curahkan cintamu sepenuh hati.  Jangan setakat jadi boifren gelfren masa tu  havoc nak sambut tapi bila dah kahwin???  Cinta jadi lemau.  

Hadiah V-Day Tahun lepas.  Comel kan?



CARA MERAIKAN CINTA?
-  Tak perlu dinner kat hotel dan tempat mahal.  Setiap tahun kita mesti kreatif supaya V-Day tak hambar.  Macam tahun-tahun sudah, kita buat kat rumah, masak special sikit.  Kalau jatuh hujung minggu, pergi berkelah satu keluarga.  Selalunya kita dinner bertiga, bawa Gabby sekali supaya dia tahu macam mana sayangnya Papa dan Mama dia antara satu sama lain.  Supaya dia rasa dia dihargai juga kerana dialah lambang cinta kami.  Kadang-kadang kami tengok wayang bersama.  Beli KFC ke McD ke.. bawak pergi taman, makan dan enjoy bersama.  Special jugak kan?

V-Day Tahun 2008.  Masa ni kami bertiga sangat gomok, haha!!


PERLU KE HADIAH MAHAL?
-  Terserah kepada kemampuan masing-masing.  Tapi tradisi kami suami isteri dia tiap-tiap tahun hadiahkan bunga dan teddy bear.  Kadang-kadang dia belikan cokelat.  Kad V-Day juga ada.  Tak de sampai belikan intan berlian 24 karat semua tu.  Tapi tersentuh juga hati ini sebab kita rasa disayangi dan dihargai.

V-Day Tahun 2009, kami bertiga dinner kat tempat yang sama macam tahun sebelumnya.

Jangan malas nak meraikan cinta.  Rasa seronok bila keluar tengok couple jalan bersama, bila tengok budak-budak jual bunga dan teddy bear kat tepi jalan.  

Tahun ni tak tau nak celebrate kat mana dan bagaimana sebab jatuh pada hari bekerja.  Tapi esoknya kan Cuti Umum hehe.

Yang tu, habi kata biarlah rahsia tapi dia dah janji nak jemput Mizz Coki balik kerja besok.

Yayyy!! 

Selamat Menyambut Hari Valentine pembaca.  I love you too for loving my blog.  Love and peace to the world. *kiss kiss






*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

4 ulasan