Hari Ini Sungguh Special! Kami dah Kahwin 11 Tahun Dah!

By Mizz Coki - Februari 28, 2011

11 tahun dulu, bulan ini tahun lompat.  Dan pada bulan tahun lompat itulah kami sah jadi suami isteri di hadapan Pendaftar Perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara, Kuching.  Tak terasa dah 11 tahun kami melayari bahtera (ciehhh... bahasa sastera ni) kehidupan sebagai suami isteri dalam usia muda.  I baru je 22 dan dia 26 tahun.

Dah banyak yang kami lalui dan I sangat bersyukur dengan perkahwinan atas pilihan I sendiri.  I tak suka main matching matching, main intro intro, kahwin atas pilihan keluarga or whatever  you may call it tapi itulah jodoh pertemuan di tangan Yang Maha Kuasa.  Bila dua-dua keluarga dah berkenalan, kami ternyata bersaudara maka hubungan kami ini merapatkan lagi tali kekeluargaan kedua-dua belah pihak.  Takut hubungan terputus di tengah jalan, kami cepat-cepat ditunangkan. Dua bulan lepas tu kami kahwin.  9 bulan lepas itu Gabby pun lahir ke dunia ini.  

Korang kat luar tu 22 tahun baru nak kenal dunia.  I dah rasa jadi ibu.  Korang masih lagi sibuk main bowling, tengok wayang, main Facebook. Hahaha!    Paling best, I dapat laki sporting.  Iye laki mak sporting nyah, takde maknanya nak kongkong bini time bini nak pegi salun, minum dengan kawan-kawan, shopping berjam-jam.  Takde maknanya.  Clubbing pun kita orang sama-sama, uupss!  Haha.  Nakal ek ko.

Oh ya, wristlet bag dah siap!  Comel tak?

TADAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Dah siap!

Dah dapat idea nak buat entri spesial.  Tapi bukan sekarang.  Kalau Jejari Runcing dengan HOW I MET MY INCIK APEX then Mizz Coki will reveal her HOW I MET MY NYUNG²  ♥ ♥ ♥ ♥

Hahahahaha.. tetap tanak kalah kan?  Matilah kena pelangkung si Elia lepas ni.  Auuuww!

OK, till then, bye bye dulu, dalam masa sejam lagi Nyung² akan datang jemput I and proceed with our dinner date tonight.

"Love is in the Air"

*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

3 ulasan