Gong Xi Fa Chai, Foto Petang CNY, Lai Lai Lai!!

By Mizz Coki - Februari 04, 2011

Dah jadi tradisi keluarga setiap tahun kami berkumpul di rumah my uncle untuk makan besar.  Oh jangan salah sangka, rupa I memang Cina abis tapi bukan bermakna saya ada darah Cina.  Cuma my aunty yang kahwin dengan orang Cina.  Tahun ni tahun kedua tanpa my late Dad.  Rindu sangat dengan keletah dia yang over kalau part bercerita.  How I wish he was there with us to cheer the night.


Oi haruslah setiap orang membawa kamera setiap satu.  Aktiviti pertama ialah makan!  Masa ni semua orang sila ketepikan DIET anda.  Keluarga satu Malaysia kami ni memang kuat makan.  


Lepas makan semua budak-budak dapat ang pau 2 paket sorang!  Dessert pulak haruslah buah limau mandarin yang manis gila itu.  Budak budak tengok TV dan main mercun, yang perempuan bukak Gossip Corner dan yang laki laki dewasa buat apa ya???


.... kejap.  Tunggu dulu.  Hmmmm... aktiviti ni memang dah jadi tradisi setiap rumah orang Cina pada malam Tahun Baru kita main....


Main konda kondi judi lah jawabnya!  Sila abaikan my sister yang lepas makan terus tarik kerusi dan bukak wallet, mentang2 bonus dia lebat tahun ini.  Sedekah dik, jangan tak sedekah kat meja tu.  Akak tak tanggung!

GONG XI FA CHAI!!



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan