Damailah Kau Di Sana.... Sebuah Entri Sedih di Hari Jumaat

By Mizz Coki - Februari 25, 2011

Macam biasa, balik kerja bukak laptop kat rumah. Eh? Adik I online.

Macam biasalah kita adik beradik ni suka emo emo sket kat FB, tiba-tiba termasuk topik boy band Human Nature, band dari Australia yang famous sekitar tahun 1997-1998.  Lepas tu I cakap kat dia lagu Don't Say Goodbye tu lagu frust I dulu.

Adik I tanya, hmmm..''who?".  I cakap adalah, nanti I post kat blog.

Ni kisah lama.  Kisah bermula di Poliklinik Kuching, masa tu tengah nak buat medical check up sebab I dapat masuk UiTM.  Bulan Disember 1996 kalau tak silaplah.  Adalah dua tiga orang budak nak buat check up so kita orang amik tempat duduk lah dulu.  I perasan ada sorang budak ni tried to start a convo with me tapi I macam buat derk jek.  Lepas tu dia buat buat pinjam pen, I tau dia pura-pura sebab member dia kat sebelah ada pen.  Sanggup pinjam pen kat stranger walhal member sendiri ada pen.  Hehe.  Lame tactic.  Haha.  Bermula dari sebatang pen itu, sampai masa orientasi jeling menjeling tak lama kemudian kami pun jadi makin rapat.  Ku sangka panas hingga ke petang rupanya La Nina di tengah hari.  Dia ada orang lain sebelum I OK?  I memang bengang siap histeria kelar kelar lengan I masih ingat dia buangkan serpihan kaca yang I guna untuk kelar tangan tu ke tasik UiTM.  Kita putus lepas tu. Setahun kemudian, tah macam mana kita terjumpa balik, pandai-pandai pulak menyambung kembali tali kasih yang putus.  Satu hari I dapat tahu yang dia masih dengan perempuan tu.  I memang sakit hati gila becos I felt at that time I was a slut.  Pengacau hubungan orang.  Dia tak boleh nak terima lagi untuk melihat I sakit jiwa.  Kita putus lagi buat kali kedua.  This time I pergi panjat dinding kat tangga hostel siap hantuk-hantukkan kepala I.  My roommates sampai meraung-raung menangis pergi pujuk I yang macam monyet kena sawan.  Dahla masa tu tengah final exam.  Teruk I sakit kira-kira seminggu kena demam panas.  I siap tido dengan teddy bear dia, gambar kiterang sama-sama, baru time tu I rasa dan kenal apa itu cinta sebenar.  Sebelum tu biasalah kat sekolah menengah cinta monyet beruk orang utan, tak serius pun.

.... Masa pun berlalu.... Tahun 2008.  I berjinak-jinak lepak di Facebook.  I terjumpa dengan kawan lama I, yang mana suami dia adalah kawan baik ex I tu.  I tanyalah kabar dia cemana sekarang.  Iyelah balak lama, of course nak tau macam mana progress kehidupan dia sekarang kankankan?

Mula-mula my friend kata lama tak jumpa dia and tak tau apa dia buat sekarang.  Only  3 hari selepas itu dia berjaya mengumpulkan sepenuh kudrat dia untuk beritahu I, becos she knows how much I loved this guy kan.

My friend kata, I hope u are strong enough, promise ya, dengan apa yang I nak bagitau.  Yes, he lived happily and married the girl finally.  Ada anak lelaki sorang.  Derang dah pindah Miri becos he's working there.  I know memang dia nak lari dari Kuching becos dia tau tahap kegilaan I macam Sabrina Ali dalam Khurafat tu so it's better for him to move on.  Dear, dia dah tak ada dah.  Almost dua tahun dia dah pergi.  

Waktu tu I rasa biasa saja.  I just feel sorry to hear the story.

But the next morning, masa tengah sikat rambut nak pergi kerja, tiba-tiba I menangis tanpa sebab.  Yes, I memang jenis macam tu.  Masa my late dad meninggal pukul 6:30 pagi, I tak menangis but I menangis dalam pukul 7:00 a.m. ke atas itupun because my cousin datang menerpa dan terus peluk I sambil menangis.  Memang I nangis sepuas-puasnya dengan sikat rambut kat tangan.  This is why I love my husband so much.  Dia angkat I dan peluk I kuat-kuat, dia kata, sabar.  He would be sad kalau tengok you nangis macam ni.

Everytime I dengar lagu Human Nature ni, terus ingat kat arwah Jue.  I dengar lagu ni tiap-tiap hari masa kita putus but our love song yang sebenarnya is Forever by Damage.  I redha kan pemergian dia dan I harap dia ditempatkan bersama orang -orang yang beriman.  Kisah lama biarlah jadi lipatan memori I, cuma sekadar satu kisah yang singgah sebentar di hati ini.  Akhirnya I dah jumpa cinta sejati yang betul-betul memahami kekurangan I dan menerima I seadanya.  Itulah Nyung Nyung!!  Love you Nyung Nyung!!



Sedih kan lagu ni?... Lirik dia bermakna sangat.
Jue, don't worry.  I dah tak buat perangai macam budak-budak lagi.  I dah gemok sekarang taw.  Anak I pun  tembam jugak like your cousin yang macam China doll tu.  I wish I dapat jumpa anak you and hug him.  I dah lama maafkan kesalahan u becos I learn a lot from our relationship.  Terima kasih atas segalanya.




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan