WAH WAH JUSTIN BIEBER CEMOLOT DENGAN SELENA GOMEZ

By Mizz Coki - Januari 06, 2011

Ai mengaku suka dengan Selena Gomez (SG) sebab dia comel dan mata dia besar macam burung hantu tapi versi cantik punya burung hantu.  Justin Bieber (JB) anak ai yang suka, tapi ai rasa budak ni pelik sedikit lah sebab suka flip flip rambut dia macamlah tak mampu beli sikat.

Kan? Kalau budak ni berkutu, memang bertebaranlah kutu kutu popstar dia merata rata tempat.


Dulu dulu kan JB suka ushar si Miley Cyrus.  Sampai naik gila dan Miley mengamuk dan ugut nak bunuh JB kalau JB telefon dia lagi.  Kiut nye, haha.

Aku tak suka ko sebab ko katik macam Ally Iskandar tapi nasib baik ko bajet kiut. - Miley


Lepas tu dalam Twitter, Kim Kardashian bergambar romentik dengan JB, pastu Kim kena ugut dengan fans giler si JB.  Kim memang minat kat JB tapi just peminat lah, takde lebih lebih.  Eh, tapi gambar kat bawah ni dah melebih lebih la pulak.

Dah dah sudahlah tu Jastin Bibir, shooh shooh pegi sekolah sana, kalo fail jangan lupa kontek ai, nak offer u jadi anak ikan ai, boleh? - Kim


Baru baru ini JB dan SG pergi ke Caribbean berbulan madu makan angin dan papparazzi berjaya merakamkan gambar budak budak tak cukup umur ini bercemolot.  Tak kisahlah kat pipi ke bibir ke kita tak nampak kan tapi reaksi fans giler si JB memang TERLAMPAU. Sampai ada yang komen, "I swear to God, I will kill you" (Teringat tahun 1993 dulu masa ahli kumpulan Res2 digosipkan dengan budak 4U2C, ai benci gila tau! Auwwwww... /:p)dan macam macam lagi.  Lawak ler.



Eh, trend sekarang ni memang lelaki cari perempuan lebih tua ke?  JB baru 16 manakala SG pulak baru masuk 18.  OK ler tu, cari pengalaman dulu ye hadek hadek, haha.



*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

0 ulasan