Tripo X: Entri Untuk Oreng Gomok, Eh? Oreng ChoMeL SePerTi Shayaaaalah tue.

By Mizz Coki - Januari 24, 2011

Tabik readers!

Tadi pagi pergi Guardian lepas balas dendam makan Kolok Mee.  Eeeii dendamsss.  Padan tak kurus-kurus lagi.  

Pada pagi yang indah tadi, sebab hujan tak turun dan ceria je suasananya, kami suami isteri pergilah ke Guardian sebab 'stick stick nose' kalau tak tau menatang apa tu, ala nostril stick jenama Hurix yang sedap itu, sumpah ai memang ketagih benda tu. Huhu.  Kita panggil stick stick nose sebab bunyinya comel.  Stok dah habis kena sedut.  Sampai Nyung Nyung pun kasi warning nanti hidung kita akan jadi besar lobangnya macam Ahmad Nisfu.  Hish.  Glemer la jadi Ahmad Nisfu tau.  Untuk pengetahuan semua, Mizz Coki ada asma.  Jadi sejak gunakan stick ni nafas jadi lapang.  Selain daripada itu ianya menyegarkan mata yang mengantuk dan mengCLEARkan hidung tersumbat semasa kena flu.  Kalau kat ofis, time mengantuk tulah yang paling best bukak purse terus sumbat kat hidung.  Segarrrr!  Sebelum pergi mesyuarat, turun tangga naik tangga, ai mesti sedut dulu stick ni.  Lega.  Musim hujan sekarang bukan nak mintak, Mizz Coki tak pernah semput kesejukan jadi tak berapa sangat lah guna inhaler tu.

Berbalik kepada topik asal.  Jadi bila tangan dah mencapai macam macam benda yang kadang kadang merapu dan tak perlu, kami pun sampai di section ubat.  Kiterang amik sebotol Memorax Jr. untuk Gabby dan hubby amik Spirulina.  Dua dua dari 21st Century.  Masa nak pusing belakang tiba tiba Mizz Coki ternampak apa tau?  TRIPO X!!!!!!!!!!!!


Nampak??? Sah sah situ tulis Xfat carbo.  Sesuailah untuk insan obes macam ai.


Fuish.  Boleh main tabur tabur kat makanan jugak.


Ni rupa paket kapsul dia.  Macam stok Kondom je kannn?????


Ha, ni kita jumpa dalam kotak.  Ada borang keahlian untuk jadi member Viva La Vie.  Tak berminat.  Mintak maaflah ye.

Dalam sekotak tu ada 20 kapsul.  Ai dah telan dua biji dah.  Hmmm.. Besok kena makan lagi, kali ni nak cuba tabur tabur kat makanan la pulak.  Cemana ek rasanya?

Nanti bila dah habis sekotak, Mizz Coki akan buat review.  Berhasil ke tidak???


Hehe.  Saja nak tunjuk mouse baru yang bentuk badan macam tuan nya sendiri.  Yang lawak kan nampak tak purse Mizz Coki yang belah kiri tu?  Hubby kata macam foto Ular Sawa nak telan Bab* tu.  Hawauuu!!!!





*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!


  • Share:

You Might Also Like

2 ulasan