Si Budak Nakal POH HUAI BIN Buat Hal Lagi - Disaman RM6 juta???

By Mizz Coki - Januari 28, 2011

Adoi Huai Bin. Lu memang suka buat lawak la. Tak pasal-pasal entri Huai Bin pasal Restoran Kari Kepala Ikan di KK telah mengaibkan tuan punya kedai tersebut. Bukan dia seorang, malahan GOOGLE pun sekali kena tempias dia. Dua-dua disaman.


Pernah dalam satu blog I terbaca. Berhati-hatilah ketika membuat review pasal kedai makan. Dulu, ada seorang blogger Sarawak kena cekup masa tengah ambik gambar makanan. Manager kedai makan tu mintak dia delete kan foto yang dah diambil. Nasib baik dia ni sempat promo sikit, goreng goreng sikit yang dia ni seorang blogger. Dia siap bagi business kad dia lagi yang ada tertera nama blog dia. Zaman tu blog belum terkenal sangat so Wow!! Jadi Pengurus tu lepaskan dia dengan syarat, mesti publish cerita yang bagus-bagus tentang makanan dan keadaan kedai itu. Lepas tu baru baru ini I terbaca masa blogwalking salah satu syarat bila buat 'food review' kita tidak boleh mengutuk kalau rasa makanan kat kedai tu tahap najis ke apa kan. Kita mesti buat macam konsep JALAN JALAN CARI MAKAN, buat review yang elok elok dan puja puji kedai tu. Ingat, etika blogging kalau buat review pasal sesuatu tempat kita sebenarnya mempromosikan sesuatu tempat itu. Nak kutuk, biar buat secara offline. Lain tekak lain citarasa. Lain individu, lain seleranya.

I rasa lepas ni mesti tak boleh bawak kamera bagai masuk kedai makan pasal semua owner mesti berasa was-was takut ada yang kutuk kalau makanan derang tak sedap. Sorry ye, DSLRer junior yang suka gantung gantung kamera kat leher tapi entah tau mengKLIK aje kekdahnya.

Secara jujurnya I tak lah macam kenal sangat dengan Huai Bin walaupun dia berasal dari Sarawak tapi pernah nampak dia sekali masa tengok wayang dan kami ada juga berbalas mesej Twitter dan selalu lepak di blog dia SIXTHSEAL DOT COM. Dia memang jujur, apa yang dia cakap hmmm. semua main lepas. Dia ni lasernya memang tahap Noh HUJAN.

Lama juga dia menghilangkan diri dulu, selepas berita pasal dia keluar dalam akhbar rupa-rupanya bilik sewa tempat tinggal dia kat Kuching kena raid dengan polis sebab dia terang-terangan mempamerkan diri dia telan, hisap dan cucuk. Korang paham paham lah kan?

Lepas tu dia hilang. Tapi tak ke mana pun, dia masuk pusat pemulihan. Lepas tu dia buat comeback. Nampak lebih comel rupa dia, makin berisi pulak tu.

Ni masa mula-mula berblogging dulu. Kurus giler. Kuat tarik apa tidaknya.

Ni pulak waktu dah sihat. Comel kan???


Dia ni memang sinonimlah dengan aksi pelik pelik dia macam kat atas. Selain daripada itu dia ni bertatu, bertindik dan suka mencederakan diri sendiri. Lepas dia kelar tangan dia, amik kamera kemudian tangkap gambar darah dia tengah meleleh. Lepas tu letak kat blog. Adoimak. Ouch!

Dia ni memang icon blogger Sarawak selepas sang 'legenda' Kenny Sia. Huai Bin ni baik sebenarnya cuma perangai dia yang pelik sikit.

Dia baru je beberapa hari balik ke sini selepas buat tour kat Eropah beberapa minggu. Banyak sungguh RM dia kan??? Korang sekarang takleh masuk blog dia sebab dah kena beku sekejap.
Tapi, memang teruk beb, kena saman RM6 juta pulak tu!! It must be a very lousy a bowl of curry I guess.

Huai Bin, if you ever read this, don't worry, we always behind you and support you in many ways.
Good luck dude.

OH yes, You Rock! \m/ You do!





*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

1 ulasan