Sesungguhnya Hujung Minggu Tidak Pernah Cukup Waktunya!

By Mizz Coki - Januari 30, 2011

Oh. Dulu selalu cakap SAYA BOSAN DUDUK RUMAH BILA HUJUNG MINGGU SEBAB KAKI INI MESTI MEROYAN GATAL NAK KELUAR. Titik.

Minggu ini entah kenapa ek rasa nak bertapa kat rumah. Tiba-tiba je rasa macam hilang mood nak keluar. Merajuk?? Taaak.. Agaknya sebab jalan raya sesak sekarang sebab orang shopping untuk Raya Cina. Huhu. Semalam keluar sekejap sebab tak tahu, haha. Jalan punya jalan tiba-tiba teringat satu iklan dalam Mudah.com pasal satu mesin jahit elektrik terpakai. At the end kiterang singgahlah kedai tu dan beli terus! RM380 sahaja Jah. Untuk perhatian semua, Mizz Coki memang buta menjahit. Tak pernah sentuh mesin jahit sejak tahun 90an sebab fobia. Dulu Mizz Coki pernah syiok menjahamkan mesin jahit mak sampai patah jarum! Lepas kejadian tu Mak sound yang Mizz Coki tak boleh sentuh mesin jahit dia lagi. Huhu.

Klik gambar untuk lebih jelas.

Tu dia. Nampak masih baru sangat. Untung I dapat dalam harga yang murah. Jenama Toyota ye, kereta pun Toyota jugak. Haha. Sampai je kat rumah,terus bukak internet, bukak YouTube dan cari manual serta cara penggunaannya. Instinct I memang kuat. I selalu macam tu. Kalau I minat sesuatu benda dan bersungguh-sungguh hendak menguasai sesuatu ilmu tu memang cepat tangkap. Macam kes belajar driving lah, I dah boleh bawak kereta lepas tu pergi register nak dapatkan lesen, hehe. Dalam kes yang satu ini, I berjaya menguasai mesin ini hanya dalam masa beberapa jam dan habis semua kain sarung, t-shirt koyak, seluar koyak, baju tidur koyak I kerjakan. Mudah sungguh. Lepas ni senanglah nak buat apa-apa projek kraf. Yes! **Mak mesti bangga kalau baca entri ni.**

Duduk menjahit sampai rasa nak patah tulang belakang, I turun ke bawah lepas tu ngam ngam untuk menonton GBOB - Global Battle of the Bands. Adoimak, nasib baik jantung sihat kalau tidak memang dah sawan atas sofa tengok band ni nama derang MARIONEXXES.

Tengok gambar dah tau betapa mereng nya budak budak Marionexxes ni.

Memang tak dapat dinafikan genre muzik mereka ini memang lari dari mainstream. Tak typical macam band2 lain kat Malaysia. Boleh terencat akal juri juri dibuatnya. Mau nye tak, sang vokalis masa nyanyi lagu Harimau Malaya boleh mengaum lepas tu merangkak rangkak turun atas stage pastu turun merangkak lagi ala2 Harimau nak menerkam orang tapi terlebih aksi manjanya. Dengan lirik berterabur tapi catchy whoah gitaris mereka jambu doh. Sapa-sapa ada tengok mereka kat GBOB mesti setuju dengan komen I.

Sebelum itu, terima kasihlah di atas komen-komen pasal I nyaris kena tipu dengan pengedar SlimDietII tempoh hari. Masa tengah masak tengah hari tiba-tiba ada hon berbunyi di luar.


Abang Courier datang berdua. Yayyyy!!

Akhirnya dapat juga SDII syukur syukurrr. Hmm.. sebenarnya ada 4 tin. Buy 3 and get one for free. Nak tengok ada perubahan tak lepas sebulan?? *crossed-fingers*

Bila cakap pasal tengah masak tadi kan, eh lupa lak nak cerita I masak apa.


Ikan (tak tau nama) Asam Pedas dengan Sayur Bendi.

Tak menggemukkan right???

Ye ke??




*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

6 ulasan