SAAT YANG TEPAT UNTUK BERUBAH

By Mizz Coki - Januari 09, 2011

Ola!!

Bersiaran langsung dari bilik tidur, belum mandi lagi tapi sudah cuci muka, berus gigi dan sarapan sebab nak makan antibiotik. Ish, kaki ni dah mula kering tapi bilalah nak sembuh cepat-cepat. Orang tak sabar dah ni.

Speaking of such, hati ini terdetik nak buat special entry tentang kesihatan. Lately, ramai orang-orang yang kita kenali dan kasihi telah meninggalkan kita dalam usia yang muda dan majoriti dari mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat. Faizal Yusof dan Shamrin Fotograf, dua-dua mereka main futsal/bola tak obes pun. Baru tadi ai masuk blog seorang rakan blogger yang masih lagi bersedih sebab rakan badminton dia meninggal dunia, collapse masa tengah jogging. Tengah jogging OK? Pakcik ai sendiri, bekas pramugara, sportman lak tu (tiap-tiap hari main futsal) pun collapse masa tengah break main futsal. My own dad, left us when he was only 58 because of heart complication. Ai sendiri, semenjak mengandungkan Gabby sampai sekarang berat tak turun-turun. Yang paling buat ai jaki, Nyung Nyung dulu pakai size 3XL kini sudah muat size L. Pinggang dia pun turun dalam 5 inci gitu.

Masa jadi freshie, circa 1997


Kronologi tumbesaran luar biasa bermula di awal tahun 2000. Masa belajar mana mampu nak makan sedap. Percayalah, selepas kerja baru dapat jejak kaki kat KFC sebab masa study tak mampu nak makan sedap sedap. Kalau setakat sayur tu, mana ada beli? Mak buat batas sayur tepi rumah tanam timun, sawi semua, lepas tu kalau hari Sabtu je mesti kiterang adik beradik cari pucuk paku, pucuk ubi untuk dibuat lauk. Jadi, bila dapat gaji pertama, kerja pertama, amik kau. Tiap tiap hari makan sedap gila weh. Setakat Hartz Chicken Buffet tu boleh buat sampai tiga round.

UiTM, 1998

Masa birthday ke 21, UiTM, 1999

Masa pregnant lagilah teruk. Kalau tengah malam je mesti perut berkeriuk lapar. Kalau habis stok makanan dalam fridge, amik kunci kereta terus pergi cari mana mana warung yang bukak tengah malam. Masa pregnant lah berat badan ai mencanak naik, setakat 3-4 kilo tu senang senang je naik sebulan. Berat terakhir sebelum beranak ialah 103 kilogram. Masih teringat sewaktu pregnant tiga bulan, berat ai dah cecah 70 kilogram. 30 kilogram naik dalam enam bulan? Hebat sungguh.

Tahun 2001

7 November 2001, birthday Gabby

Lepas beranak, elok elok turun ke 85kg, tapi itulah nafsu makan pulak masih mencanak canak. Pernah sekali, masa tu tension giler hari Jumaat lak tu lunch hour panjang, ai angkat telefon suruh Pizza Hut buat delivery ke ofis. Sedar sedar, ai dah menghabiskan satu regular pan Hawaiian Chicken, Lasagna, 4 ketul Sweet and Spicy Wings dan Pepsi SEORANG DIRI. Memang sudah di luar kawalan.

Dulu, toksah cakaplah, sapa sapa kawan kawan sama sekolah dan UiTM yang baca blog ni boleh mengesahkan ai dulu cumalah budak keding keremping. Masa mula mula masuk UiTM, berat ai adalah 49kgs. Kurus kan?? Terlalu kurus sampai kepala nampak besar dari badan sebab ai jenis muka lebar. Masa kurus tu memang sangat sangat benci bila mengambil gambar kerana terlalu kurus, muka jadi besar dan gigi macam jongang sikit. Bila dah gomok macam sekarang, semua nampak seimbang dan tiba tiba boleh jadi gila buat camwhoring sebab muka dah jadi comel. Pffffttt....

Terkini. November 2010, berdiri di kiri sekali. Pergghhh...

Impak maksima yang ai dapat dari semua ini ialah kebencian berada di tempat umum. Tak sah kalau tak jerkah, sergah dan sumpah orang bila keluar hujung minggu. Selalunya ai suka pergi tempat yang tak ada orang ataupun shopping pada waktu pejabat tapi bukan mengular OK? Sesaja gatal amik cuti rehat haaaa masa tu memang shopping mall lengang. Boleh tanya kat Nyung Nyung berapa orang yang dah hampir ai pelangkung dengan henbeg sebab melopong bila melihat ai berjalan. Nasib baik ada suami tolong sabarkan kalau tidak memang aksi gusti WWE dapat disaksikan secara live.

Diet? Teh slimming, pil, sauna semua tak jalan. Satu je yang ai belum cuba, iaitu ke Slimming Centre. Mahal beb, tapi.. bila dah ada ongkos, tiba tiba kaki kiri jahanam ni pulak buat hal, kena infeksi sampai jadi macam cellulitis. Nasib baik doktor bagi antibiotik yang teramat kuat sampai jadi gastrik dibuatnya. Cuma air tak berhenti henti keluar so kat rumah terpaksa sentiasa melapik kaki kalau tidak habis air kaki bertakung di lantai. Bilalah dapat pergi Slimming centre dan jadi macam kawan ai si Winnie siap jadi Duta lagi dan menang pertandingan di KL mewakili Sarawak. Dulu masa belajar, Winnie memang gempal dan ai keding aje, sekarang sapa sapa tengok dia memang melopong. Dahla putih gebu, kurus, cantik lak tu. Kalau dia tinggi, persis seorang model. Dan, terkesima sekejap kerana zaman kegemilangan ai sudah berakhir. Dulu masa mula mula kerja, adalah sorang ni, dia boss okay hampir terlanggar dinding sebab berpusing menoleh ke belakang waktu berselisih, tak termasuk lagi email email tak diundang dihantar oleh colleague lelaki biarpun mereka tahu ai sudah berkahwin waktu itu. Teringin nak shopping macam dulu dulu, sekarang tshirt banyak murah murah, jeans pun macam tu.

kejap. rasa nak nangis pun ada bila buat entri ini. tssk....

**tarik nafas**

Yang pasti hati kecil ini ada tersimpan perasaan cemburu sedikit bila melihat Nyung Nyung seronok sakan membeli Dockers sampai tiga empat helai manakala ai pulak sebaliknya. Berdiri macam patung cendana sambil menunggu dia di fitting room. Alangkah seronoknya kalau dapat join dia sekali, kan? Paling jaki kan, last week sampai ada perempuan tersangkut dan terjelepok jatuh waktu tengah bercakap dalam henfon gara gara merenung laki ai ok? Sial punya perempuan. See? He's got his life back. I want mine too. (Eh? bunyi macam a desperate sl*t aje kan? Tak tak.. Actually, ai nak jadi budak sihat tanak dapat penyakit).

Sekarang adalah waktu yang sangat tepat ai dah bersedia dari fizikal, mental dan ekonomi dan bermula esok ai dah tak kisah berapa ribu nak terbang terbanglah, tapi kaki ni binawe sangat bila la nak kering airnya. Benci betul.

Disebabkan kena makan antibiotik yang buat gastrik ni, sebab tu jugak kena makan. Bullshit lah. Walhal elok elok last month dah start longgar dah baju baju semua. Tak percaya. Memanglah longgar sebab kuat duduk lemak lemak di bahagian atas semua pulang ke bontot. Bontot jadi besar. Pathetic.

Huish. Tiba tiba jadi emo pulak.

OK. Orang nak makan ubat ni. Geram sungguh.

I WANT MY LIFE BACK,

Pulangkan... pulangkan..... :p






*** Mizz Coki ***
Pecah kaca atas simen,
Lepas baca harap komen!

  • Share:

You Might Also Like

8 ulasan